Ahad, 22 Mei 2016

Cantik Tanpa Contact Lens

Asal nak nampak cantik mesti kena guna contact lens bewarna. Betulkah begitu?

Saya pun kadang-kadang suka juga guna contact lens. Nak nampak penampilan berbeza sikit la katakan. Tu pun tak boleh nak pakai lama, mata pandai sakit. (Kalau perasan dalam blog saya ni... ada gambar-gambar saya yang guna contact lens. Tu edit sahaja sebenarnya -_-).

By the way, memang nampak menyerlah kalau guna contact lens ni. Lebih-lebih lagi mekap smokey eyes, dipadankan dengan contact lens biru... fuh! Sekarang lagi trend dolly makeup... guna contact lens memang nampak macam patung.

Tapi... tak semestinya kena pakai contact lens baru nampak cantik. Lebih-lebih lagi orang Asia. Mata warna hitam atau dark chocolate (kecuali yang ada mix blood). Apa yang saya nak highlight di sini, kecantikan seseorang itu subjektif. Tak semestinya kena pakai contact lens baru nampak cantik. 

Apa-apapun... tengok keadaan semasa juga la. Masa attend majlis, nak kahwin atau buat photoshoot ke... itu lain. Sukahati nak mekap macam mana pun. But for everyday makeup, lebih cantik jika nampak natural.

Jangan salah anggap tau! Boleh kalau nak pakai contact lens!. But for me... natural kan lebih menarik. Lebih bersifat wanita Asia. :-) Lagipun jimat masa nak bermekap. Kalau ada contact lens ni, masuk habuk sikit dah berair mata. Belum lagi campur dengan cara pegang dan menjaga contact lens.
Sebenarnya terbaca status kawan dalam Facebook. Peserta ratu cantik (traditional beauty peagent) hampir semuanya nak guna contact lens. Jadi kawan saya ni kecewa sikit la. Sepatutnya mempamerkan kecantikan yang original. Ramai yang bersependapat dengan kawan saya, termasuklah saya juga.

Suka tengok orang cantik-cantik, but lagi suka sekiranya kecantikan itu lebih asli :-)♡.

Sebelum ni pernah tengok America's Next Top Model. Dah lama dah tak ingat Cycle berapa. Setiap kali photoshoot, ada sorang peserta tu pakai contact lens bewarna. Lastly Trya Banks tegur suruh peserta tu buka contact lens. Tujuan bukan untuk downkan dia, tapi dia juga boleh nampak cantik tanpa bantuan kanta lekap.

Kendall Jenner. No contact lens tapi still nampak gorgeous!
source

Agnes Monica. Siapa kata kena mata warna biru baru nampak cantik?
source

Ariana Grande ♡_♡
source

Selena Gomez ♡
source

P/S - Walau bagaimanapun terpulanglah dengan individu masing-masing nak bagaimana punya style. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!