Jumaat, 20 Mei 2016

Birthday untuk 13

Lamanya saya tak update blog. Minggu ni terutamanya... gila-gila punya sibuk. Malam ni baru ada okay sikit.... boleh rehat-rehat. Nak gi memancing sat lagi. Aktiviti malam Sabtu.

Apa-apa pun sebelum terlambat.... tahun ni sekali lagi saya kena bagi dua hadiah untuk dua orang yang lahir pada tarikh yang sama... Prof (13 Mei) dan Hafiz (13 Jun).

Memandangkan Prof adalah kipas-susah-mati Casio G-Shock... jadi kami pun hadiahkan Prof satu unit jam G-Shock. Happy birthday Prof :-). Harap suka la hadiah yang kami (staf Prof) bagi ni. Mula-mula nak amik warna hitam+hijau... tapi macam yang hitam+biru pun cantik juga. Lastly... keputusan muktamad! Hitam+biru.

Jam tangan telah dirasmikan dengan jayanya! Happy birthday Prof! From Yna, Nurul, Hafiz & Barawit!

Memang bertuahlah Prof. Dapat kek lagi hari tu. Kitaorang pun bertuah juga sebab dapat makan kek sedap dari Secret Recipe ^^♡

Friday the 13th. Jadi malam tu untuk menghabiskan sisa masa sambutan ulangtahun kelahiran... maka trip memancing kena ada la. Malam tu bawa katil lagi. Sedap tunggu ikan + baring-baring tengok langit. 

Malam tu juga waktu blood moon. Punyalah cantik! Makin lama bulan tu makin ke bawah. Yalah. Macam sunset. Lepas tu warna nampak warna kemerahan. Rugilah tak bawa digital camera. Kalau tak... tentu gambar lebih cantik.
-
-
-
-
-
-
-
-
Aha.... ada sorang lagi yang sambut birthday pada 13hb. Tentulah Hafiz, suami saya. 13 Jun juga sama dengan hari ulangtahun perkahwinan kami. Tak sangka tak lama lagi nak masuk dua tahun dah kami kahwin. :-))) 

Oleh kerana malas nak tangguh beli hadiah... jadi saya bagi hadiah birthday in advance la. Mula-mula tak tau nak belikan apa. Tapi... oh ya! Kan dah list apa benda nak dibeli hari tu. Jadi saya fikir, beg adalah yang sesuai. Lagipun dah lama Hafiz nak beg gini (sling bag). ;-) So... okaylah. Happy birthday to you too!! ♡♡♡ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!