Isnin, 9 Mei 2016

Bila Muka tak Sama dengan Umur

Mesti best kan kalau umur dah tua tapi muka tetap nampak muda? Begitu juga kalau umur masih muda tapi rupa pula sebaliknya. Tentu nampak matang dan tak ada orang berani membuli kita kan? Bagaimana dengan anda?

Saya pun tak tau la tapi orang selalu kategorikan umur dah tua (nak dekat 30- an dah! Wawawa!) Tapi muka masih tak nampak tua (setakat ni la). Jadi ada benda yang best dan tak best berlaku dengan saya.

Jom saya share sikit pengalaman saya:

YANG BEST
1. Boleh dapat diskaun harga barang/tiket
Ada sekali tu masa saya masih study kat Sarawak... masa tu tahun 2007 kalau tak salah. Masa tu umur dah 20 tahun. Kononnya nak pergi masuk pameran Petrosains yang diadakan di muzium Sarawak. Kalau 17 tahun ke bawah, dapat half price. Kalau 18 tahun ke atas, kena bayar full price. Masa nak masuk tu, orang yang jaga kaunter tu ingat saya ni umur 17 tahun ke bawah. Dah la tak tengok IC, so saya dapatlah half price harga tiket $_$


2. Boleh menyamar jadi anak/adik sesiapa
Biasanya kalau saya outstation dengan Prof atau dengan Tun, orang akan tersilap kata saya ni anak mereka. Ngehehehehe.... ecspecially kalau masa tu tak pakai formal (contohnya jeans dan t-shirt). Confirm kena cakap anak punya la. Dah la boleh dapat special access pergi ikut 'ayah' ke mana-mana, lepas tu sure mereka akan tanya 'adik belajar kat mana?' >:)


3. Orang kata kita student
Selain dapat diskaun harga barang/tiket, ada juga yang menganggap kita ni pelajar. Baru-baru ni pergi Kuching, staff airport tu ingatkan saya ni pelajar. Tapi saya bagitau la saya dah kerja. Then dia terkejut dan kata muka masih nampak macam student. Itu satu. Yang kedua, terjadi baru sahaja tadi (masa saya taip page ni, saya berada di dalam kapal nak pergi Johor Bahru). Orang yang duduk sebelah saya ni ingat saya ni pelajar yang nak balik kampung. HeHeHe


4. Orang percaya bila kita kata umur kita 21 tahun.
Yalah... fasa nak masuk ke three series ni akan dirasa tak lama lagi. Tapi yang bestnya bila orang tanya berapa umur kita dan kita jawab 20 atau 21 tahun, orang still percaya. Lagi-lagi kalau kita suruh mereka teka umur kita berapa... then mereka kata 20 atau 21 tahun... alangkah bahagianya mendengar jawapan itu.


5. Jealous
Kepada yang umur dah tua (dalam 50 an ke atas) tapi muka still look young and fresh, tentu ramai yang jealous ek. Ramai yang nak jadi muda kembali, sebab tu produk seperti botox dan plastic surgery tengah hangat di pasaran sekarang.


YANG TAK BEST
1. Gangguan dari si luncai
Biasalah kalau ada budak-budak muda yang suka ngorat orang. Nampak perempuan lalu, terus phheewwiiit la apa la. Tapi biasa mereka akan ngorat budak-budak yang lebih kurang sama umur ngan mereka. Tapi bila dah tersilap pergi kacau orang yang lebih tua dari mereka, alamatnya kena sound la. Mungkin mereka ingat kita ni budak-budak lagi.


2. Tak reti nak hormat
Kalau nak berurusan atau nak panggil kita, buatlah cara baik. Kadang orang tu muka selekeh, pakaian selekeh... pas tu kita pun panggil dia dengan tak hormat. Sekali tengok, halamak... rupanya 'orang besar-besar'. Tu ceta lain la. Ni ceta muka macam budak pula. Mentang-mentang dia nampak muka kita ala-ala remaja... teruslah panggil dengan tak hormatnya. Iyalah... dia dah matang sangat. Kita tak. Panggil main cuit tangan tak ada salam tak ada apa.


3. Orang tak caya kat kita
Bila nak present something kat orang luar... mesti ada yang tak caya kita boleh buat ke tak. Mana tak, muka nampak macam budak praktikal. So keka tunjukkan kebolehan masa tengah present tu la.


Apa-apa pun bergantung kepada orang jugalah. Tak semestinya yang bermuka macam remaja tapi umur dah jauh lebih tua tu best. Tapi ada juga yang dapat benefit dengan penampilan seperti tu.
Antara tips untuk nampak kekal muda:
  • Rajin-rajin makan ulam-ulaman
  • Banyakkan makan buah
  • Minum air putih sekurang-kurangnyanya lapan gelas sehari
  • Bersenam
  • Tidak merokok
  • Senyum selalu dan jangan stress
  • Wudu' adalah penyeri wajah
  • Hilangkan perasaan dengki dengan orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!