Khamis, 12 Mei 2016

Beza Time Couple dengan Kahwin

Tertarik dengan statement dengan seorang kenalan di Facebook. Ceritanya mengenai time couple tak sama dengan masa dah kahwin nanti. Statement tu panjang. Tapi isi kandungannya menarik. Malah, bagi saya statement tu banyak pengajarannya.

Ingin saya nak share point yang terdapat dalam statement tu (yang saya ingatlah).

1. Masa kahwin tu la nampak perangai sebenar pasangan
Betul. Masa couple semua pun sweet. Semuanya okay. Yang perempuan merajuk, si lelaki cepat-cepat pujuk. Makan kat restoran boleh lagi malu-malu. Tak kisahlah couple berapa lama pun... kita tak akan dapat tengok semua perangai sebenar pasangan kita. Tunggulah bila dah kahwin nanti. Di sana la semua akan terbongkar. Dah tinggal satu rumah... confirmlah nampak semuanya. Makan tak ada dah nak cover sopan lagi. Tidur berdengkur ke tak... tak pandai masak, rajin ke pemalas nak buat kerja rumah, bangun lewat ke bangun awal, busuk ke tak masa ke toilet... macam-macam lagilah! Itulah gunanya persefahaman. Tolak ansur. Kalau dah tau isteri tak pandai masak, suami kena encourage la belajar masak. Kalau dah tau suami ni rupa-rupanya suka bangun lambat, ajar dia untuk bangun awal.


2. Duit penting ke tak penting?
Yalah... kalau dulu time couple, tak kisahlah macam mana pun. Duit tu tak penting... cinta tu yang penting. Betul, cinta kena ada. Tapi betul ke duit tu tak penting? Bila dah kahwin dan ada anak nanti, anak nak makan apa kalau tak ada duit? Sekarang semua pun guna duit. Masuk tandas pun kena bayar. Kalau sebut pasal duit, tak semestinya orang tu materialistik. Jangan salah faham ya. Tapi duit itu penting untuk menampung hidup. Itulah pasal semua orang nak cari kerja. 'Ah! Kalau tak ada duit nak beli beras, tanam padi sajalah!'. Ingat tanam padi tu tak perlu duit ke? Jangan asyik nak fikir cinta cinta cinta... mana nak duit kena fikir juga.


3. Kahwin bukan sekejap
Ni lagi satu, dah kemaruk sangat bercinta... tak sabar nak kahwin. Kahwin ni bukan untuk suka-suka. Bukannya nak fikir sedap saja. Kahwin ni komitmen. Suami kena cari makan, kena bagi nafkah kat isteri. Bukannya lepas kahwin biar isteri cari makan sendiri. Yang isteri pula kena taat kepada suami. Bukannya buli suami. Ni baru saja buat hal sikit, dah melenting semacam. Tu belum kahwin... baru tahap couple. Kalau dah kahwin nanti bagaimana? Ingat. Kahwin bukan sekejap. Nak cari pasangan, carilah yang sesuai. Bukan cari yang lawa/hensem saja tapi perangai tak senonoh. Alamat menyesal dikemudian hari.


Pesanan saya kepada yang tak kahwin lagi, cepat-cepatlah berkahwin bila dah bersedia. Lama sangat bercinta.... orang kata cinta tu makin tawar. Tak ada manisnya lagi. Kalau tak ada duit nak kahwin atau masih lagi ibubapa tanggung makan minum, janganlah pula pandai-pandai nak bercinta dulu. Habiskan dulu belajar. Kerja baik-baik... kemudian carilah pasangan. InShaaAllah ditemukan jodoh yang lebih berfikiran matang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!