Sabtu, 28 Mei 2016

Beautiful Mengalum Island

Dekat seminggu juga tak update blog. Baru-baru memang gila-gila sibuk. Pendek kata... bulan Mei 2016 adalah bulan yang paling sibuk setakat ni.

Nak cerita skit short trip ke Pulau Mengalum pada 27 Mei 2016.

Sabah ada banyak pulau dan semuanya unik serta cantik. Bukan sahaja Pulau Mabul yang memiliki air yang jernih bewarna turquoise + pasir halus bewarna putih... begitu juga perihalnya Pulau Mengalum.

Trip kami bertolak dari jeti UMS dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Pulau Mengalum. Masa sampai tu... speechless. Sangat cantik! Betapa hebatnya kejadian alam. Air yang crystal clear, nampak batu karang dan ikan berenang di dalam laut. Mengingatkan saya Pulau Bohey Dulang yang saya pergi dulu.

Sambil melihat keindahan pulau ini, sempat juga kami ke tengah lautan tak jauh dari pulau untuk aktiviti memancing. Lagipun, saaya dah ada joran baharu, rugi tak pakai. Lepas ni dah boleh pilih nak pakai joran laut dalam atau nak yang biasa punya. :-) Aaahh! Janji memancing la. 

Walau bagaimanapun, sesi memancing tak dapat diteruskan sebab tiba-tiba ada puting beliung pula turun. Mula-mula satu, lepas tu satu pula lagi muncul. Pertama kali saya nampak twister depan mata saya. Selalunya kat dalam dokumentari sahaja. Walaupun hanya puting beliung kecil, tetap kena berhati-hati juga. Apa-apapun, kalau di tengah laut memang kadang-kadang akan berlaku fenomena ini. 

Jeti UMS di awal pagi

Cantik sangat air laut di sini

Satu lagi boat yang sama-sama trip dengan kami

Yeaaahhh!
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah warna air di Pulau Mengalum ♡

Cantikkan? ^^

Rasa macam nak mandi laut!

Tengah memancing ada twister datang

Lepas tu satu lagi muncul

Yang kanan tu twister kedua. Kami pun terpaksa meninggalkan kawasan tersebut. Tapi tak lama kemudian, kedua-dua puting beliung tersebut hilang dengan sendirinya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
New fishing rod. Pakai untuk pancing di jeti sangat sesuai. Tapi kalau di tengah laut, dapat kerapu merah besar suku lengan masih boleh tarik lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!