Rabu, 13 April 2016

Transaksi Tidak Berjaya Tapi Duit Dalam ATM Kena Tolak, Apa nak Buat?

Apa yang harus kita lakukan kalau terjadi kes keluarkan duit di ATM tapi tak berjaya.... dalam masa yang sama duit dalam akaun ditolak?

Kenapa transaksi tak berjaya?
  • Sistem error secara tiba-tiba
  • ATM machine tiba-tiba tergendala atau tak ada elektrik sewaktu nak keluarkan duit.

PENTING :  Setiap kali nak keluarkan duit dari ATM machine, jangan lupa ambil resit kerana sangat penting sekiranya terjadi apa-apa, terutama jika menggunakan perkhidmatan MEPS.

Sekiranya transaksi tidak berjaya, cuba-cubalah tengok akaun anda selepas tu. Ada ditolak duit atau tak.

Jika kena tolak... apa nak buat?
  • Simpan resit ATM yang anda dapat hasil daripada transaksi yang tak berjaya tu.
  • Segera laporkan kepada pihak bank melalui hotline (lebih mudah). Contohnya kalau anda keluarkan duit menggunakan kad Maybank tapi pergi cucuk duit di ATM CIMB (MEPS), kena call Maybank terus.
  • Pihak customer service akan ambil segala maklumat termasuk bagaimana kejadian boleh berlaku, masa, tempat.. beserta butiran peribadi anda untuk pengesahan seperti nombor akaun bank. Resit ATM boleh dirujuk untuk tengok masa dan tempat bank. 
  • Laporan dan wang akan dikembalikan dalam masa 14 hari bekerja.

Jangan panik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!