Jumaat, 1 April 2016

Tiba-Tiba : Cerita Pasal Travel

Yurrrpp.... Sekarang berada di Sandakan. Baru tiba sekitar jam 12 tengah malam tadi (by road). Sekarang dah jam 1.27AM. Mata dah ngantuk tapi tak boleh tidur. Kenapa? Otak masih menjalankan kerja-kerja berfikir. Oh my otak.... kita rehatlah dulu. Mata dah nak tidur ni.

Akhirnya dapat juga saya tengok Mockingjay Part 2. Beli kat Astro Best sahaja. Boleh tengok tiga hari untuk harga RM10+. Walaupun... yalah... kira movie tu dah basi since keluar di pawagam beberapa bulan lepas, tu ja la masa yang saya ada untuk tengok. Nak tengok wayang kat cinema sekarang punyalah susah. Isnin - Jumaat... kerja. Dah malas nak pergi tengok wayang. Sabtu pula Hafiz kerja sebab terlibat ngan students. Ahad dah malas dah nak pergi shopping complex sebab parking selalu full. Hahaha. (Alasan). Nak pergi tamu lagi. Nak pergi lawat orang tua kat kampung lagi.

By the way, idea gila saya dan my friend datang lagi kelmarin. Yalah. Sekarang semua orang boleh fly ke mana-mana dengan harga murah. Jadi kami pun buat benda yang sama juga. Bersiar-siar di negeri orang la apa lagi. Mula-mula ingat nak pergi Hong Kong lagi tapi macam tak cukup masa kalau dua malam sahaja. Tukar plan B pula. ☆_☆ Ngehehehe. On the spot beli tiket + hotel. Yeaaa...!
Betul-betul tahun ni banyak benar ke sana ke mari. Bila lagi kan? Tapi kena selalu tengok promo. Baru-baru ni Air Asia ada promo ke Perth. Tiket RM400+ sahaja dari BKI-KUL-PERTH. Kira murah la tu. Nak save bajet, baik book dengan hotel sekali. Boleh dapat diskaun sehingga 30%. Rajin-rajin cek promotion ek.

Cuma kan, kalau nak pergi bercuti ni kena tengok keadaan juga. Dan masa sesuai atau tidak. Contohnya mata wang, tarikh penting dan cuaca. Misalnya kalau nak ke Vietnam, jangan pergi masa Chinese New Year sebab orang semua balik kampung. Kedai tutup dan mereka akan bercuti seminggu. Kalau kat China pula, jangan pergi masa mereka tengah public holiday kat sana. Berjuta-juta orang akan turun ke bandar. Di sanalah orang semua berebut-rebut nak ke sana sini.

Cakap pasal travel ni kan, memang perlu banyak wang juga sebenarnya. Belanja poket tu yang penting. Sebab tu kena bajet betul-betul. Untuk hotel, saya tak kisah sangat kalau tinggal di hotel yang tak mewah. Sebab tujuan utama kita bukannya nak tidur sahaja. Masa kat KL ngan mum hari tu pun duduk tinggal area Jalan Masjid India, turun bawah terus gi shopping. Yang penting, strategic location.

Okay. Pagi kena bangun awal. Nantilah sambung cerita lagi. Try tidur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!