Rabu, 27 April 2016

Review : The Body Shop Smokey Blue Eye Definer

Kenapa saya suka guna The Body Shop Smoky Blue Eye Definer?

Tiap pagi memang tak sempat nak pakai mekap sebelum pergi kerja. Mana tak... nak bagi makan Si Hitam & Si Putih lagi, nak siram pokok bunga la apa la, lastly diri sendiri tak sempat nak mekap. Jadi mekap dalam kereta la jawabnya. 

Yang paling tak best tu time nak pakai liquid eyeliner. Kena teliti betul. Silap saja, habislah terconteng. Dalam kereta susah sikit nak pakai sebab tergerak sana sini.

Nasib baiklah saya ada beli The Body Shop Smoky Blue Eye Definer. Ni beli masa kat Hong Kong hari tu tapi surely ada juga jual di Malaysia. Original price di Malaysia adalah RM57. Saya beli sebab dapat diskaun gila-gila masa tu. Tu yang tiba-tiba membeli tu. Harga saya dapat untuk satu unit hanyalah dalam RM19 duit Malaysia kot.  

Okaylah. Apa yang seronok sangat pasal produk ni tentulah sebab ianya mudah digunakan. Tenyeh saja kat kelopak mata. Tak perlu nak risau terconteng ke apa. Takkan terconteng punyalah. Produk ni cam style krayon, jadi kena ulang-ulang lukis baru dapat hasil yang cantik. Sekali garis saja tak terang sangat. Ada banyak lagi warna-warna menarik yang dijual tapi saya lebih suka warna ni. 

Selain dari jenama Body Shop, ada beberapa lagi jenama lain yang mengeluarkan produk eyeliner macam ni contohnya Silkygirl.

However, saya tak boleh sangat pakai pencil eyeliner terlalu kerap kerana menyebabkan kelopak mata saya menjadi kering (alahan). -_-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!