Ahad, 3 April 2016

Review : Teh Tongkat Ali dan Madu ALTEA (Keluaran Bumiputera Sabah)

Kepada peminat setia teh, ada satu produk yang anda kena cuba.... ALTEA Tongkat Ali dan Madu. Dan kepada yang ingin menguruskan badan serta mendapat tenaga tambahan, produk ini adalah jawapannya.

Rasa teh ini manis seperti madu dan tidak perlu tambah gula. Setiap kotak mengandungi 10 pek dan boleh diminum pada bila-bila masa. Waktu pagi adalah yang paling sesuai kerana kita akan memulakan kehidupan seharian kita. Teh ini juga sedap diminum bersama bunga cengkih ataupun lemon.

Teh ini adalah keluaran Bumiputera Sabah dan setakat ini hanya dijual di Sabah. Pick & Pay ada menjual produk ALTEA dengan harga RM30+ setiap kotak. Walaubagaimanapun, untuk harga yang lebih murah, anda boleh klik page ALTEA untuk info lebih lanjut. 

Pengasas ALTEA adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah yang telah banyak menghasilkan produk inovasi lain seperti A-Yamli iaitu Ayam Tongkat Ali. Produk ALTEA juga telah mendapat pengesahan sijil Halal Malaysia. 

Tak rugi mencuba. Memang sedap dan menyegarkan.

PS - Teh ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Bukan kepada lelaki sahaja tau!

Sedikit info : Kebaikan Tongkat Ali kepada wanita. Sumber (Global Healing Center)
  1. Help fight unwanted gain
  2. Boost energy
  3. Natural libido support
  4. Promotes skeletal health
  5. Mood support
  6. Encourage normal blood sugar

Pagi ni saya buat dua gelas ALTEA. Satu untuk saya dan satu untuk Hafiz.

Pengesahan sijil halal Malaysia.

Produk ALTEA keluaran Bumiputera Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!