Sabtu, 30 April 2016

Review : Susu Kacang Soya Organik Beleaf ♡

Bagi penggemar susu kacang soya asli dan kurang manis, ada satu jenama yang saya nak promote iaitu Susu Kacang Soya Organik Beleaf. Apa yang menarik tentang jenama ini ialah susu kacang soya ni memang tak manis dan rasanya lebih kurang seperti susu soya homemade. 

Di kantin tempat saya kerja kadang kala ada jual homemade soya bean. Mesti takkan lepaskan peluang untuk beli dua atau tiga botol sekaligus. Cumanya homemade soya bean tak dapat tahan begitu lama. Jadi saya kena habiskan cepat >.< 

Okaylah. Tengah saya beli barang dengan my mum, tiba-tiba saya tertarik dengan jenama ni. Bila nampak tulisan 'Susu Kacang Soya Organik'.... saya pun terfikir mesti kurang manis dan tak ada campuran bahan kimia... then saya beli la sebotol. Ya. Memang sedap dan betullah... tak manis. Tak sama seperti rasa susu kacang soya jenama lain. 

Harga sebotol minuman ini ialah RM7 dan ada dijual di pasaraya pilihan. Kalau di Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan Susu Kacang Soya Organik Beleaf di Sunny supermarket di Tanjung Aru.
Trylah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!