Isnin, 18 April 2016

Siapa Kata Kalau Anak Perempuan Kahwin, Ayah Tak Perlu Buat Apa-Apa?

Satu hal yang paling saya tak suka tengok atau dengar ialah.... kalau anak kahwin tapi bapa relax semacam. Alasannya sebab bukan si bapa yang nak kahwin, tapi anak tu yang kahwin. Jadi kononnya bolehlah si bapa buat relax dan tak perlu bantu anak atur kahwin? Oh please.... Siapa lagi yang akan bantu kalau bukan keluarga sendiri?

Hari ni bertekak dengan somebody yang rasa.... errr... 'Buat apa nak bantu. Bukan bapanya yang nak kahwin, anaknya yang nak kahwin. Duit buat kenduri semua pihak pengantin lelaki yang bagi. Kalau tak cukup duit, suruh pihak lelaki deposit dulu dalam RM8,000 ke... buat belanja kenduri. Kalau aku pun buat benda yang sama juga'. Senang la cakap sebab tak ada anak perempuan yang kahwin lagi. Nanti dah ada anak perempuan kahwin... baru tau la betul ke tak cakap tu.

Buat belanja kenduri tu memang kebiasaannya duit dari pihak lelaki yang akan ready. Tapi kita yang pihak perempuan ni pun nak kena keluar duit juga. Apppooodaaahh! Apa ingat suka hati ke nak minta pihak lelaki deposit sekian harga untuk buat kenduri? Cakap memang senang. Tapi kita pun consider juga banyak hal. Kalau saya la... segan nak minta deposit dulu. Lagi satu, mustahillah kalau pihak perempuan tak keluar sesen pun untuk kahwin. Dulu boleh la kot. Sekarang ni semua kena bayar. Basuh pinggan pun kena bagi bergaji laaa.

Memang tak seronok berbicara pasal benda ni. Tapi memandangkan saya pun dah kahwin, saya kena bagitau juga bagaimana perasaan apabila ayah buat tak tau bila anak perempuan mereka nak kahwin. Mesti akan rasa sangat upset sekiranya ayah sendiri tak tolong apa-apa. Pergi beli barang ke, pasang khemah ke... apa-apalah. Tu kira membantu juga. Takkan semuanya ibu sahaja yang kena buat? Asal kahwin, ibu la yang paling busy. Jadi ayah buat apa? Duduk termenung saja? Datang tengok anak, pas tu berlalu pergi macam tetamu, sangatlah tak releven. Walaupun majlis anak kahwin, tapi ketua majlis tu tentulah ayahnya. Jangan kata 'aku peduli apa'. Air muka keluarga kena jaga.

Rata-rata saya tengok ayah orang lain, siap cuti dua minggu lagi sebab anak perempuan dah nak kahwin. Ada yang bagi duit sikit kat anak sebab nak ready segala persiapan, ada yang tak senang duduk kalau tak buat apa-apa persiapan lagi. That's normal!! But sesiapa yang tak ada perasaan tu... mesti ada masalah punyalah.

Bayangkan sahajalah kalau kita nak kahwin, pas tu ayah buat dek saja... kita yang kena buat semua. Kalau yang tak ramai adik beradik lagilah susah. Ayah langsung tak nak amik tau. At least... AT LEAST kalau tak larat nak membantu pun, concern la sikit pasal anak. Tanya dah prepare apa benda. 

Malas nak cakap panjang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!