Ahad, 3 April 2016

Resepi Sandwich Baguette

Nampak baguette, terus teringat Subway. Nak try buat sendiri kat rumah pun boleh juga. Jom!

Bahan-bahan:
  • French Baguette (potong 6 inci)
  • Salad yang dipotong halus
  • Mayonise / Sandwich spread
  • Sedikit timun (dihiris)
  • Sedikit bawang besar (dihiris)
  • 1 biji telur (omelette)
  • 1 kepingan daging ayam
  • 1/2 keping keju
  • Sedikit sos cili



Cara-caranya:

Belah roti menjadi dua

Bakar roti (toast) selama seminit untuk menjadikan roti rangup. Boleh gunakan oven, microwave atau frying pan.

Angkat roti tersebut dan sapukan sandwich spread. Kalau tak ada sandwich spread, boleh gunakan mayonise


Masukkan bahan-bahan lain seperti salad, timun, kepingan ayam, telur dan sos cili. Nak tambah bahan-bahan lain seperti buah zaitun, tomato dan lain-lain pun boleh.

Lipat dan siap untuk dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!