Khamis, 28 April 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 7

Ni latest punya pengalaman mistik yang saya dapat.... Bukan buat-buat cerita atau cari publisiti murahan.

Baru-baru saya pergi outstation dan menginap di sebuah resort. Resort tu punyalah cantik tapi tak ramai sangat orang pergi kecuali kalau yang nak pergi naik gunung. Oleh kerana resort nya yang siap ada kabus dan hutan belantara yang sungguh indah, jadi kami pun stay sana. Yalah... asyik-asyik tinggal dekat town, kali ni tukar angin la pula. Lagipun harga yang dikenakan untuk satu malam tak mahal sangat. Berbaloi dengan fasiliti yang diberikan.

Okay... ceritanya begini. Bilik saya terletak tinggi sikit berbanding yang lain. Masa saya buka pintu bilik... "apasal lain macam bilik ni? Redup.". Tiba-tiba pintu di depan koridor sebelum pintu masuk bilik saya tu tertutup sendiri. BAAMM!! Punyalah kuat pintu tu tertutup. Adeiii.... rasa tak seronok pula. Dahlah lock pintu tu tak berapa smooth. Susah nak masukkan kunci. 

Saya buka balik pintu koridor tu dan tahan menggunakan fire extinguisher. Dah saya masuk dalam bilik saya tu.... memang rasa redup. Sejuk dan waktu tu tak pasang kipas (bilik tu tak ada aircond). Kat tepi tingkap tu hutan belantara. Depan katil pula tandas. Yang tak bestnya, lampu tandas tu ada satu bulb yang rosak. Jadi malap sikit la tandas tu. Dah la besar! Nak bagi lima orang mandi pun masih boleh muat lagi.

Petang tu kami ada aktiviti... sehinggalah malam baru balik ke resort. Time tu dekat dalam jam 0830PM kalau tak salah saya. Dah balik ke resort, rupanya lampu koridor tak dipasang. Punyalah gelap. Saya tak peduli... pasang saja. Takkan nak bergelap. Prof sepatutnya tidur di bilik berasingan tapi dia pergi pindah pula tidur dengan yang crew lain. Katanya tak nak tidur sorang-sorang. Okaylah....

Jam 0900PM, saya nak pergi mandi. Tapi perasaan lain macam sebab dahlah bilik tu sunyi sepi... nak mandi pun tak lalu disebabkan lampu yang malap. Dah la bilik tu besar. Tandas pun besar! Katil saya pula dekat ngan pintu. Rasa tak sedap hati nak berjalan kat kawasan almari di hujung kawasan bilik tu. Bilik tu memang special sebab tikus pun ada kat sana! >_< Saya jumpa dua ekor. Satu di bawah almari... satu lagi berlari masuk ke bawah katil tempat saya tidur. 

Apa-apa pun, saya kena mandi. Kalau tak mandi memang lain rasanya. Jadi saya mandi la. Apa nak jadi pun jadilah. Mandi tetap mandi. Masa mandi tu.... tiba-tiba bulu roma kaki saya meremang. Di bahagian kaki sahaja tau. Padahal saya mandi air panas. Orang kata... kalau bulu roma meremang secara tiba-tiba, tandanya ada 'benda' dekat ngan kita. Bulu roma kita ni kiranya macam antena kepada benda-benda mistik ni. So saya cepat-cepat mandi, pakai baju dan naik atas katil. Time tu rasa penat sangat, saya terus tertidur. Lampu pun tak off.

Subuh pun belum, saya dah terbangun. Tak tau apa nak buat. Dengar macam bunyi orang berdengkur kuat. Prof kat bilik hujung sana kot dengan crew yang lain. Teringat pula saya cerita P.Ramlee yang masing-masing berdengkur, pas tu bangun malam-malam nak pergi ngorat anak guru silat. 

Tak lama lepas tu, BAAAAMMMM!!! Dengar lagi bunyi pintu dihentak dengan kuat. Rasanya pintu koridor depan sebelum bilik Prof and friends. Masa tu memang sunyi sepi. Bunyi serangga terbang pun boleh dengar. Jadi saya pasanglah lagu di dalam handphone saya (bilik tu tak ada TV). 

Pusing sana... pusing sini.... perut tiba-tiba sakit pula. Nak tak nak... pergi tandaslah. Takkan nak tahan. Tak terfikir dah benda-benda pelik masa tu. Sampailah dah masuk Subuh. Saya pergilah mandi pula lagi. Tapi keadaan dah tak macam sebelumnya. Mandi pun tenang saja. Rasa ringan badan. Tak ada bulu roma meremang lagi. Perasaan saya di dalam bilik tu pun ringan. Saya siap boleh pergi ke tingkap hujung dekat almari tu, selak langsir tengok apa ada kat luar. (masa tu hari masih gelap lagi. Baru masuk Subuh).

Dah dalam 5.40AM macam tu, saya lepak kat luar di kerusi melihat keindahan alam + tunggu orang lain pergi mandi. Time breakfast tu, di sanalah kami bercerita pengalaman masing-masing. Rupa-rupanya driver yang sorang ni kena himpit tiga kali semalam. Yang Prof pula, pasang ayat audio Al-Quran, tiba-tiba langsir tingkap terselak... then boleh pula audio tu tiba-tiba tertutup. -_-

Masa pulangkan kunci... staff yang jaga kat reception tu tanya, "okay juga kamu tidur?". Saya kata okay. Beberapa langkah saya jalan, terus saya pusing balik dan tanya dengan musykilnya "Kenapa kamu tanya?" Then mereka gelak. Saya pun gelak juga dan terus blah dari sana. Padahal fikiran masih tertanya-tanya kenapa mereka gelak. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sehinggalah kelmarin selepas saya pergi buat inspection di asrama, saya ajak my office mate, driver dan sorang lagi staff saya pergi makan. Then terserempak ngan my boss yang lain lagi. My boss yang ni ada keistimewaan yang tak semua orang lain dapat.

Jadi dia tanya di mana kami tinggal masa pergi outstation hari tu. Saya pun bagitau la di mana dan terus juga maklumkan yang resort tu macam pelik sikit. My boss terus kata... "ooooo.... sana tu memang banyak". Lebih-lebih lagi di area parking tengah dan sebelah atas. Tu paling banyak gangguan. Dia bagitau specifically di mana lokasi setiap chalet. Yaa... memang betul apa yang boss saya cakap. Memang itulah resort yang kami menginap malam tu. Yang paling tak boleh blah, bila boss saya cakap chalet sebelah atas (tempat saya) tu pun tak berapa bagus. Dulu pernah ada kes perempuan mati menggantung diri di sana. Terkejut saya dengar. Then saya bagitaulah masa saya mandi tu... bulu kaki saya tiba-tiba meremang. Kawan saya yang sorang ni pergi sampuk saya (dia ni pun special sikit). Kawan saya bagitau, "dia pegang kaki kau". 

Jadi memang betul la ada 'something' di sana tu. Apa-apa pun, saya pun tak tau macam mana saya boleh tidur di bilik yang seram gitu. Dah la sorang-sorang. Syukurlah "benda" tu tak menunjukkan muka. 

My boss pesan, orang yang semangatnya kuat.. dia takkan kacau. 

Kita berserah kepada Allah S.W.T untuk lindungi kita dari gangguan makhluk halus.

3 ulasan:

Terima kasih!