Selasa, 19 April 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 6

Semalam memang worst nightmare lagi. Ni dah kali ke tiga mimpi jumpa ngan hantu yang rasa betul-betul macam real tapi sebenarnya tak real. 

Ceritanya begini:

Dalam rumah saya tu ada my dad, my cat Si Hitam dan dua orang lagi tak tau siapa. Kucing saya tidur di atas meja makan. Lepas tu ada anjing menyalak dan nak ganggu Si Hitam. Terus saya halang anjing tu. Tapi not sure yang sebenarnya menyalak tu anjing atau kucing. Sebab rupanya pun macam kucing juga... macam anjing juga. Then saya tanya dengan orang lain yang ada di dalam rumah tu. Dia kata tu bukan kucing tapi anjing. 

Lepas tu saya terus bawa Si Hitam tidur di bilik saya. Saya letak Si Hitam di atas katil tempat dia selalu tidur dan saya pergi mandi. Tengah best mandi... suddenly ada 'benda' tengok dari tingkap. Tapi 'benda' tu terbang menelentang. Saya pusing tengok 'benda' tu, 'benda' tu terus sembunyi perlahan-lahan sebab sedar saya tengok dia. Rupanya pocong. Saya tarik tuala dan keluar dari kamar mandi (tak sempat bersabun pun. Haha). Elektrik pula tak ada. Si Hitam pun tak ada juga. Keadaan gelap tapi still boleh nampak sebab cahaya dari lampu jiran-jiran sebelah.

Dah saya pakai baju cepat-cepat... saya nak turun ke bawah. Sambil saya panggil ayah saya. "Babah!, Babah!". Suara saya pun macam tak keluar. Tersekat-sekat macam orang serak suara. Masa saya nak turun tu... saya nampak hantu pocong tu berlegar-legar di ruang tamu. Then saya beranikan diri turun ke bawah. Jumpa pocong pun jumpalah. Daripada saya terkurung di dalam bilik, nanti pocong tu naik atas lagi susah.

Saya turun tangga, pocong tu dah tercegat depan tangga. Saya terus meluru ke arah pocong tu tapi sambil baca ayat suci. Suara tak ada pun hentamlah. Yang penting baca. Pocong tu tak takut. Saya pun berhadapan dengan pocong tu dan terus pegang pocong tu. Walaupun pocong tu pakai bungkus, tapi saya dapat pegang pergelangan tangan pocong tu. Kurus. Tapi tak sejuk macam saya mimpi pontianak pegang tengkuk saya dulu. Pocong tu pegang bahu kiri saya (tangan pocong tu dalam bungkusan kain putih la tapi tak tau macam mana dia boleh juga jangkau bahu saya).

Terus saya terbangun, saya tengok Hafiz tidur di sebelah, Si Hitam tidur di hujung katil. 

Pagi ni still terngiang-ngiang mimpi pocong. Itu sahaja.

Tamat... 

Rupa hantu pocong tu lebih kurang macam ni. Tak ada muka. Tak sama seperti mimpi saya yang sebelumnya iaitu pocong tu ada muka. Matanya bulat bersinar dan giginya tajam. source.

P/S - Kalau tak silap saya, gambar ini adalah gambar betul yang diambil oleh seorang lelaki di Indonesia. Beliau dikurniakan deria keenam dan pernah beberapa kali mengambil gambar makhluk ghaib tetapi tidak berjaya. Suatu hari beliau ternampak pocong dan sebelum beliau mengambil gambar, beliau meminta izin daripada Allah S.W.T. Makanya... inilah gambar yang dimaksudkan. Saya melihat kisah beliau di dalam My Ghost Story Asia yang ditayangkan di Astro. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!