Ahad, 3 April 2016

Lovely Summer Day in Kundasang

Cuaca yang panas di Malaysia akan berlarutan sehingga bulan Mei ini. Tapi yang bestnya, kalau jemur kain cepat saja kain tu kering. Petang-petang sure boleh pergi beriadah punya sebab takkan hujan. Dan tentunya boleh tengok sunset yang indah.

Masa balik dari Sandakan hari tu, apa yang ditunggu masa lalu kat Kundasang tentulah Gunung Kinabalu yang indah. Unfortunely tak dapat tengok kerana gunung diselaputi awan. Walaupun begitu, keadaan di Kundasang tetap indah seperti biasa.

Mesti kena buka tingkap kereta barulah dapat rasa kesejukan angin Kundasang. ♡ Seronok dapat tengok rumput yang tumbuh tepi bukit, tanaman yang orang kampung tanam dan gerai-gerai yang menjual sayur dan bunga.

Kepada yang belum berkunjung ke Kundasang, ni adalah must see place kepada para pelancong. Kena pergi walaupun sekali dan cubalah untuk tinggal satu malam. Banyak homestay dan resort yang available di Kundasang. ^^

Cantiknya pemandangan di Kundasang

Yeaaay! Dapat rasa angin yang sejuk

Pilot, co-pilot and da boss
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Malam terus sambung aktiviti memancing. Jam 1230AM baru balik ke rumah. Awal lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!