Rabu, 6 April 2016

Liar! Liar! Liar!

Bila sebut penjahat sahaja tentu kita fikir orang tu hisap cerut, bawa pistol, rambutnya pelik dan pakai kacamata hitam. Tapi ada juga penjahat yang pakai kot, naik kereta mahal dan rambut macam goodboy. Gitu jugalah halnya dengan penipu. Tak kiralah orang tu ganas ke, sopan dan ayu ke... kalau penipu, penipulah.

Paling tak best la kalau terjumpa dengan orang sebegini. Tak tau dah berapa kali saya tulis entry pasal orang penipu ni. Tapi kejadian tipu terus berlaku, malah lebih teruk lagi. Oleh itu, saya ingin mengekspresikannya di blog ini.

Dek kerana nak mengejar kepentingan diri, sanggup ditipunya orang. Betapa tragisss nya. Yang saya tak berapa berkenan kat sini, dia kata terlibat ngan ini la... itula.... hakikatnya happraaakkk pun takda. Rupa-rupanya buat benda lain yang tak ada kena mengena dengan kerja. Kerja kat office berlambak pending tak dibuat. 

Saya bagi satu contoh la ek. 

Si Dia kata terlibat ngan event. So Si Dia pergi la ke event tu konon-kononnya. Lepas tu kat office dalam masa yang sama, tiba-tiba datang sekumpulan orang nak buat lawatan. Dahlah kami tak dimaklumkan apa-apa. Terkapai-kapai pula nak mengatur kumpulan tu. Lebih panas lagi dapat tahu bahawa sepatutnya Si Dia yang kena urus lawatan ni sebenarnya. Jadi Dia pun bagilah alasan tak dapat nak atur lawatan sebab terlibat dengan event. Okaylah. Kami yang lain ni boleh tolong cover.

Dua tiga hari lepas tu, pecah tembelang rupanya Si Dia tak pernah pun terlibat dengan mana-mana program rasmi pada hari tersebut. Melencong ke tempat lain ada la. Huh! 

Apasal nak menipu. Bercakaplah dengan jujur. Bukan sahaja menyusahkan orang lain, tapi menyusahkan diri sendiri juga.

Sekian. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!