Rabu, 27 April 2016

Kongsi Pengalaman ke SK Malinsau, Ranau

Pada 24 dan 25 April yang lalu...

Pengalaman bertugas di luar pejabat kali ni memang best. Pertama... pergi Keningau lawat Ladang Datuk Yap. Kedua... pergi SK Malinsau di Ranau.

Hari Pertama
Mula-mula pergi melawat ladang Datuk Yap.... ni antara ladang terbaik yang pernah saya pergi. Dan melawat ke sini sangatlah seronok. Ada ladang nanas, ada ladang lembu dan macam-macam lagi la. Paling best bila pergi ke kandang anak lembu. Dalam tu ada beratus-ratus ekor anak lembu dan boleh pilih nak pegang yang mana satu. Tapi anak lembu ni penakut sikit kalau ngan orang yang mereka tak biasa. Bila nak pegang, pandai pula mengelak. Macam manusia juga la. Kalau tak biasa ngan orang tu, mesti kena hati-hati juga kan. Walaupun hari panas, tapi enjoy bila Datuk Yap bawa melawat ladang. Siap makan nanas madu lagi. ♡


Hari Kedua
Setelah selesai lawatan pada hari pertama... hari kedua disambung lagi dengan lawatan ke EkoVillage di SK Malinsau, Ranau. Saya dah pernah pergi sekali dulu... dan ini kira kali kedua la ni. Sebenarnya program ini dianjurkan oleh Astro Kasih dan UMS dijemput bersama untuk pergi ke lawatan ini. Tun juga adalah Chairman Astro, jadi saya bertuah kerana dapat ikut lawatan ini. ^^♡


Tengok bebudak ni bersungguh-sungguh nak berjaya... terus saya teringat zaman saya sekolah dulu. Kemudahan pun tak seberapa jika dibandingkan sekarang. Belanja time sekolah rendah pun ntah berapa sen sahaja. Rasanya RM0.20 sahaja sehari kot. Beli mihun sepinggan cukuplah. 

Harap lebih ramai orang boleh membantu kanak-kanak kita di luar bandar dan kepada yang memerlukan. Semangat mereka untuk berjaya amat tinggi. :-)

Di kandang anak lembu milik Datuk Yap

Kebun nanas madu
-
-
-
-
-
-
Program Astro Kasih

Budak-budak sekolah yang tinggal di asrama sedang minum susu EcoYap
Sebelum balik sempat singgah ke Desa Cattle

View of Mt. Kinabalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!