Ahad, 10 April 2016

Jom Tengok Ikan di Aquaria KLCC

Lepas sahaja dari Zoo Negara, kami meneruskan perjalanan ke Aquaria KLCC. Excited nak berjalan, tu yang pusing ke sana ke mari... HeHeHe... 

Aquaria KLCC ni terletak di area KLCC Tower tu juga. Ini pun satu. Last sekali saya pergi... eerrrr.... rasanya tahun 2009 kot. HaHaHa! XD Jadi ni pergi balik untuk memuaskan hati. Manatau dalam tu dah berubah. 

Tapi nampaknya lebih kurang sama sahaja macam dulu. Ada tambah-tambah sikit la kot. Bayaran masuk untuk pemegang MyKad adalah RM46 dan kalau bayar guna kad kredit atau kad debit Maybank... dapatlah diskaun 10%. So just kena bayar RM41 sahaja. Lepas tu dah boleh masuk. 

Seronok tengok ikan-ikan berenang. Ada ikan piranha, ikan yu, ikan pari, obor-obor, kuda laut dan pelbagai jenis ikan yang saya tak pernah nampak. Cantik saja tengok ikan tu semua berenang sakan. Pas tu masuk dalam terowong ikan. Rasanya sana area yang paling best. Kalau nak pergi, boleh pergi time weekdays sebab kurang sikit orang. Barulah boleh amik gambar cantik. :-b

Apa-apapun, tak rugi masuk Aquaria KLCC. 

Ikan piranha

Turun tangga ke area lain. Tengok ada ikan yu dan pari yang besar

Cantik kan ikan tu asyik berpusing-pusing

Excited tengok ikan pari

Amik gambar

Ikan jerung!




Pari

Pine cone fish



Nak sentuh ikan pun boleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!