Rabu, 20 April 2016

Jom Makan Seafood Platter di Chilli Padi, Alamesra

Sekarang trend makan seafood yang dimasak dengan bermacam resepi di atas daun pisang dah makin popular. Terbaharu di restoran Chilli Padi, Alamesra juga menawarkan makanan yang enak ini. 

Menu seafood platter yang saya makan pada hari ini termasuk udang goreng butter, lokan halia bawang putih, sotong goreng tepung, ikan swet sour, ketam black pepper dan sayur brocoli... cukup untuk tiga orang makan. Ditambah pula dengan sambal kicap, nasi putih dan air sirap. Satu kepala dicas RM18.

Apa yang menjadikan menu seafood platter ini sedap ialah daun pisang yang membuatkan masakan ini wangi. Seafood ini dimakan bersama sambal kicap tentu membuatkan anda berselera. 

Makan ramai-ramai baru best. Anda boleh membuat tempahan awal di restoran Chilli Padi atau walk-in sahaja pun boleh. 

Selain itu, restoran ini juga menawarkan masakan lain seperti nasi campur, goreng-goreng... sesuai dengan selera Asia.

Restoran Chilli Padi terletak di Alamesra bersebelahan dengan pejabat Perodua dan bertentangan dengan Hong Leong Bank Alamesra.

Jom makan beramai-ramai!

Mouth watering seafood galore

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!