Ahad, 10 April 2016

Jom ke Zoo Negara! Tengok Panda

Saya dan rakan office saya pergi ke Kuala Lumpur saja nak jalan-jalan. Nak melepaskan tension di pejabat. Disamping itu, tujuan kami ke KL ni sebenarnya nak pergi tengok panda di Zoo Negara. Ada anak panda yang baru diahirkan bernama Nuan Nuan.

FYI - Panda yang ditempatkan di Zoo Negara ni tak permanent dan akan dikembalikan kepada China apabila sampai masanya nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat panda yang sangat cute ni! ♡♡ Trust me. Tengok panda dalam TV tak sama dengan tengok panda yang real.

Okay. Tiket masuk ke Zoo Negara + panda kepada pemegang MyKad adalah RM44 sahaja. Kawasan dalam tu luas dan banyak binatang yang tak ada kat Malaysia boleh dilihat. Contohnya zirafah, kuda belang, capybara, penguin dan macam-macam lagi la. Bawa payung, topi dan air siap-siap sebab cuaca panas terutama tengahari. Tapi kalau tak bawa pun, boleh beli kat kedai menjual cenderamata. Kalau penat nak jalan kaki, boleh naik tram sahaja. Tapi kalau jalan kaki lagi best sebenarnya.

Jom ke Zoo Negara!

P/S - Kali terakhir saya ke Zoo Negara adalah pada tahun 1998. HaHaHa. Dah lama dah!

Kitaorang dah siap sedia nak tengok panda

Bergambar dengan Nuan Nuan. Untuk makluman anda, masa tengok panda bermula dari jam 11AM dan setiap sesi hanya dibenarkan selama 15minit sahaja untuk tengok binatang ni. Jadi amik gambar puas-puas dan tengoklah gelagat panda yang sure comel. Dilarang membuat bising ya!

Emaknya tengah sedap makan bamboo

Nuan Nuan tengah tidur

Ni ayah Nuan Nuan

Lepas habis tengok panda, boleh singgah ke Panda cafe.

Teragak beli pau kacang merah panda ni sebab cute sangat ^^ RM5.90 satu

-
-
-
-
-
-
Banyak lagi binatang lain di zoo negara. Ni harimau putih tengah tidur

Capybara

Hahahaha. Sempat amik gambar


Ada juga banyak giant fish di sini

Tak tau ikan apa ni tapi besar

Jangan lupa minum air madu. RM5 per bottle
-
-
-
-
Sebelum memulakan perjalanan, makan nasi lemak terbaik di Uptown dulu. Village Park Restaurant. Thanks so much Azam tolong bawa breakfast pagi tu. ^^ 

Hari sebelum tu makan kat Sogo. Ini adalah lobak goreng. RM5.80 sepinggan. Sangat sedap

Ini lala + pari bakar bersambal. RM15 sepinggan dengan nasi putih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!