Sabtu, 9 April 2016

Food and Run

Ntah dah berapa kali kawan saya ni janji nak bagi coconut shake tapi tak sampai-sampai lagi ke office minuman tu. Lastly dah malas nak tunggu, lebih baik pergi beli sendiri. 

Anyway, coconut shake yang saya minum di restoran Diner ni berbeza sikit dengan coconut shake yang kawan saya janji nak bagi tu. Yang ni special sikit sebab kena shake sekali dengan laici. Rasanya? Tentulah sedap. Lemak manis dan menyegarkan. Trust me, rasa nak minum lagi sekali lepas tu. Harga RM7.90.

Seronok rasanya dapat bersenam di petang hari lepas kerja. Sekarang ni office tempat saya ada buat aktiviti aerobic setiap Rabu petang selepas kerja. Sesiapa sahaja boleh join aktiviti ini. Dan saya adalah salah seorang daripadanya. Pandai menari ke tak pandai ke.... tak kisah. Janji peluh keluar. Inilah cara untuk membalas dendam kepada kalori yang terkumpul selama ini. Nyahkan mereka melalui senaman. Amalkan gaya hidup sihat. Makan... makan juga. Tapi senaman pun penting!



Oh ya. Selain itu, kami juga ada menanam beberapa jenis bunga dan sayuran di dalam office. Kacang buncis, bayam, bawang... spider plant. Sedap mata memandang kalau ada sedikit kehijauan di dalam bangunan ni.

Dalam masa yang sama, sunset jugalah pemandangan yang paling iinndaahh sekali. ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!