Jumaat, 8 April 2016

Beli Sayur Organik Segar di Signall Hill EcoFarm

Kepada yang nak beli sayur segar organik TANPA SEMBURAN KIMIA, anda boleh beli di Signal Hill EcoFarm. Ada pelbagai jenis sayuran yang terdapat disini seperti kubis, sawi, pak choy, cendawan dan sayur kale. Harga sayuran organik ini juga lebih murah berbanding di tempat lain. 

Saya dah beberapa kali ke Signall Hill EcoFarm. Dan setiap kali tu la mesti seronok tengok sayur-sayuran yang ditanam. Selain sayuran organik, Signall Hill EcoFarm juga mempunyai restoran yang menyediakan makanan sihat yang fresh. Kalau malam lagi cantik sebab banyak lampu yang bewarna warni. Suasana ala kampung yang aman adalah tarikan tempat ini. ♡

Nak makan ayam herba ginseng? Signall Hill EcoFarm adalah jawapannya. 

Sayur kale adalah sayur yang mempunyai banyak khasiat terutama sebagai penawar kanser. Sayur ini merupakan winter vegetable dan susah nak hidup kalau ditanam di kawasan yang bercuaca seperti negara kita ni. Di kedai barangan import kadang-kala ada menjual sayur ini. Harga? RM100+ sekilo. Apapun, Signall Hill EcoFarm ada menjual sayur kale dengan harga yang jauh lebih murah. Sedap dibuat jus dan di blend bersama apple hijau. Ataupun hanya dimakan sebagai salad. Sekarang kale adalah salah satu sayur kegemaran saya.  

Jadi apa tunggu lagi. Jom ke Signall Hill EcoFarm. Untuk maklumat lanjut, jom masuk ke page Facebook Signall Hill EcoFarm.



Tun adalah pengunjung Signall Hill EcoFarm

Kebun yang sangat cantik

Tempat ini diusahakan sendiri oleh Mr. Lee, owner Signall Hill EcoFarm dan dibantu oleh anak-anak dan beberapa orang pekerja

Nampak mudah nak menanam kan? 
Kuncinya adalah rajin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!