Isnin, 25 April 2016

3.30AM dan Tak tidur

Hi.
Sekarang berada di bukit di Keningau. Tidur di Manis-Manis Rooftop. Di bilik yang.... besarnya (lebih kurang macam dorm untuk empat orang tinggal actually). Tapi tinggal sorang. Haiyooo.... apa boleh buatlah. Yang lain lelaki semuanya. Bestlah tidur ada kawan. Pas tu sunyi semacam, TV tak ada. Pasang music dalam handphone la jawabnya....

Entah cukup tidur atau tak sebenarnya sebab dah dua malam macam tak tidur ikut time. Sekali tu memancing punya pasal. Dekat jam 3AM baru sampai rumah. Then malam berikutnya... jam 1AM baru tidur. Tetap paginya bangun awal seperti biasa.

Now pun terbangun awal betul. Jam 2.30AM dah terbangun. Akibat tertidur awal sikit kot. Tu yang bangun awal tu. Tak tau apa nak buat. Nak keluar bilik tak ada apa juga. Duduk dalam bilik sahajalah. Hidung pun tersumbat ntah ada habuk banyak ke atau sebab kipas. Saya ni kalau duduk bawah kipas lama-lama... mulalah sakit hidung. Haha. Plus sejuk lagi. Tambah la hidung pun tak betul.

Tak sabar rasanya nak off duty. Masih ada dua hari lagi kena tempuhi ni. Bulan depan lagi sakit sikit. Adoyaii... macam... dua minggu berturut-turut extra work. (kalau ikut jadual la).

Hah. Baru-baru ni timbang macam ada turun lagi berat badan. Padahal tengah malam siap melantak roti canai lagi. Tapi berat makin turun lagi. Not sure kalau aktiviti memancing tu buat kita turun berat. Nak kata berpeluh pun tak juga. Sedap ja mancing angin sepoi bahasa. Entahlah. Memang nak turun berat kot. Eheh. Baju pun banyak dah yang muat balik... yeaahh. Okay jugalah. Oh ya! Mungkin juga sebab workout yang dibuat. Walaupun taklah kerap sangat buat kalau dalam seminggu tu. Yeaaapp!

Rupanya 7 & 8 Mei tahun ni di Kuching ada pilihanraya. Ngam pula tarikh tu jugalah saya nak terbang ke sana. Dah berapa tahun tak pijakkan kaki ke Sarawak. Tahun ni nampaknya akan ke sana lagi. InShaaAllah... Saja nak bawa staff pergi jalan-jalan. Lagipun tiket tak mahal. Jadi okaylah. Boleh tengok apa yang best di Kuching.

Cakap pasal lagu all time favorite.... apa lagu yang anda tak pernah rasa bosan dengar? Saya ada satu lagu macam tu. Pure Shores dari All Saints. Ingat tak filem The Beach yang ada Leonardo D'Caprio berlakon tu? Ni lagu untuk soundtrack filem tu. Pas tu boleh pula lagu ni wujud dalam game GTA5. Dalam game tu pun asyik-asyik nak tunggu lagu ni ulang balik dalam radio. HaHaHa.

.....

Sekarang dah jam 0350AM. Still tak tau nak buat apa lagi. Awal lagi ni. Arrggghh!

Pancing suka-suka. Ni hasilnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!