Sabtu, 30 April 2016

Review : Susu Kacang Soya Organik Beleaf ♡

Bagi penggemar susu kacang soya asli dan kurang manis, ada satu jenama yang saya nak promote iaitu Susu Kacang Soya Organik Beleaf. Apa yang menarik tentang jenama ini ialah susu kacang soya ni memang tak manis dan rasanya lebih kurang seperti susu soya homemade. 

Di kantin tempat saya kerja kadang kala ada jual homemade soya bean. Mesti takkan lepaskan peluang untuk beli dua atau tiga botol sekaligus. Cumanya homemade soya bean tak dapat tahan begitu lama. Jadi saya kena habiskan cepat >.< 

Okaylah. Tengah saya beli barang dengan my mum, tiba-tiba saya tertarik dengan jenama ni. Bila nampak tulisan 'Susu Kacang Soya Organik'.... saya pun terfikir mesti kurang manis dan tak ada campuran bahan kimia... then saya beli la sebotol. Ya. Memang sedap dan betullah... tak manis. Tak sama seperti rasa susu kacang soya jenama lain. 

Harga sebotol minuman ini ialah RM7 dan ada dijual di pasaraya pilihan. Kalau di Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan Susu Kacang Soya Organik Beleaf di Sunny supermarket di Tanjung Aru.
Trylah!


Khamis, 28 April 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 7

Ni latest punya pengalaman mistik yang saya dapat.... Bukan buat-buat cerita atau cari publisiti murahan.

Baru-baru saya pergi outstation dan menginap di sebuah resort. Resort tu punyalah cantik tapi tak ramai sangat orang pergi kecuali kalau yang nak pergi naik gunung. Oleh kerana resort nya yang siap ada kabus dan hutan belantara yang sungguh indah, jadi kami pun stay sana. Yalah... asyik-asyik tinggal dekat town, kali ni tukar angin la pula. Lagipun harga yang dikenakan untuk satu malam tak mahal sangat. Berbaloi dengan fasiliti yang diberikan.

Okay... ceritanya begini. Bilik saya terletak tinggi sikit berbanding yang lain. Masa saya buka pintu bilik... "apasal lain macam bilik ni? Redup.". Tiba-tiba pintu di depan koridor sebelum pintu masuk bilik saya tu tertutup sendiri. BAAMM!! Punyalah kuat pintu tu tertutup. Adeiii.... rasa tak seronok pula. Dahlah lock pintu tu tak berapa smooth. Susah nak masukkan kunci. 

Saya buka balik pintu koridor tu dan tahan menggunakan fire extinguisher. Dah saya masuk dalam bilik saya tu.... memang rasa redup. Sejuk dan waktu tu tak pasang kipas (bilik tu tak ada aircond). Kat tepi tingkap tu hutan belantara. Depan katil pula tandas. Yang tak bestnya, lampu tandas tu ada satu bulb yang rosak. Jadi malap sikit la tandas tu. Dah la besar! Nak bagi lima orang mandi pun masih boleh muat lagi.

Petang tu kami ada aktiviti... sehinggalah malam baru balik ke resort. Time tu dekat dalam jam 0830PM kalau tak salah saya. Dah balik ke resort, rupanya lampu koridor tak dipasang. Punyalah gelap. Saya tak peduli... pasang saja. Takkan nak bergelap. Prof sepatutnya tidur di bilik berasingan tapi dia pergi pindah pula tidur dengan yang crew lain. Katanya tak nak tidur sorang-sorang. Okaylah....

Jam 0900PM, saya nak pergi mandi. Tapi perasaan lain macam sebab dahlah bilik tu sunyi sepi... nak mandi pun tak lalu disebabkan lampu yang malap. Dah la bilik tu besar. Tandas pun besar! Katil saya pula dekat ngan pintu. Rasa tak sedap hati nak berjalan kat kawasan almari di hujung kawasan bilik tu. Bilik tu memang special sebab tikus pun ada kat sana! >_< Saya jumpa dua ekor. Satu di bawah almari... satu lagi berlari masuk ke bawah katil tempat saya tidur. 

Apa-apa pun, saya kena mandi. Kalau tak mandi memang lain rasanya. Jadi saya mandi la. Apa nak jadi pun jadilah. Mandi tetap mandi. Masa mandi tu.... tiba-tiba bulu roma kaki saya meremang. Di bahagian kaki sahaja tau. Padahal saya mandi air panas. Orang kata... kalau bulu roma meremang secara tiba-tiba, tandanya ada 'benda' dekat ngan kita. Bulu roma kita ni kiranya macam antena kepada benda-benda mistik ni. So saya cepat-cepat mandi, pakai baju dan naik atas katil. Time tu rasa penat sangat, saya terus tertidur. Lampu pun tak off.

Subuh pun belum, saya dah terbangun. Tak tau apa nak buat. Dengar macam bunyi orang berdengkur kuat. Prof kat bilik hujung sana kot dengan crew yang lain. Teringat pula saya cerita P.Ramlee yang masing-masing berdengkur, pas tu bangun malam-malam nak pergi ngorat anak guru silat. 

Tak lama lepas tu, BAAAAMMMM!!! Dengar lagi bunyi pintu dihentak dengan kuat. Rasanya pintu koridor depan sebelum bilik Prof and friends. Masa tu memang sunyi sepi. Bunyi serangga terbang pun boleh dengar. Jadi saya pasanglah lagu di dalam handphone saya (bilik tu tak ada TV). 

Pusing sana... pusing sini.... perut tiba-tiba sakit pula. Nak tak nak... pergi tandaslah. Takkan nak tahan. Tak terfikir dah benda-benda pelik masa tu. Sampailah dah masuk Subuh. Saya pergilah mandi pula lagi. Tapi keadaan dah tak macam sebelumnya. Mandi pun tenang saja. Rasa ringan badan. Tak ada bulu roma meremang lagi. Perasaan saya di dalam bilik tu pun ringan. Saya siap boleh pergi ke tingkap hujung dekat almari tu, selak langsir tengok apa ada kat luar. (masa tu hari masih gelap lagi. Baru masuk Subuh).

Dah dalam 5.40AM macam tu, saya lepak kat luar di kerusi melihat keindahan alam + tunggu orang lain pergi mandi. Time breakfast tu, di sanalah kami bercerita pengalaman masing-masing. Rupa-rupanya driver yang sorang ni kena himpit tiga kali semalam. Yang Prof pula, pasang ayat audio Al-Quran, tiba-tiba langsir tingkap terselak... then boleh pula audio tu tiba-tiba tertutup. -_-

Masa pulangkan kunci... staff yang jaga kat reception tu tanya, "okay juga kamu tidur?". Saya kata okay. Beberapa langkah saya jalan, terus saya pusing balik dan tanya dengan musykilnya "Kenapa kamu tanya?" Then mereka gelak. Saya pun gelak juga dan terus blah dari sana. Padahal fikiran masih tertanya-tanya kenapa mereka gelak. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sehinggalah kelmarin selepas saya pergi buat inspection di asrama, saya ajak my office mate, driver dan sorang lagi staff saya pergi makan. Then terserempak ngan my boss yang lain lagi. My boss yang ni ada keistimewaan yang tak semua orang lain dapat.

Jadi dia tanya di mana kami tinggal masa pergi outstation hari tu. Saya pun bagitau la di mana dan terus juga maklumkan yang resort tu macam pelik sikit. My boss terus kata... "ooooo.... sana tu memang banyak". Lebih-lebih lagi di area parking tengah dan sebelah atas. Tu paling banyak gangguan. Dia bagitau specifically di mana lokasi setiap chalet. Yaa... memang betul apa yang boss saya cakap. Memang itulah resort yang kami menginap malam tu. Yang paling tak boleh blah, bila boss saya cakap chalet sebelah atas (tempat saya) tu pun tak berapa bagus. Dulu pernah ada kes perempuan mati menggantung diri di sana. Terkejut saya dengar. Then saya bagitaulah masa saya mandi tu... bulu kaki saya tiba-tiba meremang. Kawan saya yang sorang ni pergi sampuk saya (dia ni pun special sikit). Kawan saya bagitau, "dia pegang kaki kau". 

Jadi memang betul la ada 'something' di sana tu. Apa-apa pun, saya pun tak tau macam mana saya boleh tidur di bilik yang seram gitu. Dah la sorang-sorang. Syukurlah "benda" tu tak menunjukkan muka. 

My boss pesan, orang yang semangatnya kuat.. dia takkan kacau. 

Kita berserah kepada Allah S.W.T untuk lindungi kita dari gangguan makhluk halus.

Rabu, 27 April 2016

Kongsi Pengalaman ke SK Malinsau, Ranau

Pada 24 dan 25 April yang lalu...

Pengalaman bertugas di luar pejabat kali ni memang best. Pertama... pergi Keningau lawat Ladang Datuk Yap. Kedua... pergi SK Malinsau di Ranau.

Hari Pertama
Mula-mula pergi melawat ladang Datuk Yap.... ni antara ladang terbaik yang pernah saya pergi. Dan melawat ke sini sangatlah seronok. Ada ladang nanas, ada ladang lembu dan macam-macam lagi la. Paling best bila pergi ke kandang anak lembu. Dalam tu ada beratus-ratus ekor anak lembu dan boleh pilih nak pegang yang mana satu. Tapi anak lembu ni penakut sikit kalau ngan orang yang mereka tak biasa. Bila nak pegang, pandai pula mengelak. Macam manusia juga la. Kalau tak biasa ngan orang tu, mesti kena hati-hati juga kan. Walaupun hari panas, tapi enjoy bila Datuk Yap bawa melawat ladang. Siap makan nanas madu lagi. ♡


Hari Kedua
Setelah selesai lawatan pada hari pertama... hari kedua disambung lagi dengan lawatan ke EkoVillage di SK Malinsau, Ranau. Saya dah pernah pergi sekali dulu... dan ini kira kali kedua la ni. Sebenarnya program ini dianjurkan oleh Astro Kasih dan UMS dijemput bersama untuk pergi ke lawatan ini. Tun juga adalah Chairman Astro, jadi saya bertuah kerana dapat ikut lawatan ini. ^^♡


Tengok bebudak ni bersungguh-sungguh nak berjaya... terus saya teringat zaman saya sekolah dulu. Kemudahan pun tak seberapa jika dibandingkan sekarang. Belanja time sekolah rendah pun ntah berapa sen sahaja. Rasanya RM0.20 sahaja sehari kot. Beli mihun sepinggan cukuplah. 

Harap lebih ramai orang boleh membantu kanak-kanak kita di luar bandar dan kepada yang memerlukan. Semangat mereka untuk berjaya amat tinggi. :-)

Di kandang anak lembu milik Datuk Yap

Kebun nanas madu
-
-
-
-
-
-
Program Astro Kasih

Budak-budak sekolah yang tinggal di asrama sedang minum susu EcoYap
Sebelum balik sempat singgah ke Desa Cattle

View of Mt. Kinabalu

Review : The Body Shop Smokey Blue Eye Definer

Kenapa saya suka guna The Body Shop Smoky Blue Eye Definer?

Tiap pagi memang tak sempat nak pakai mekap sebelum pergi kerja. Mana tak... nak bagi makan Si Hitam & Si Putih lagi, nak siram pokok bunga la apa la, lastly diri sendiri tak sempat nak mekap. Jadi mekap dalam kereta la jawabnya. 

Yang paling tak best tu time nak pakai liquid eyeliner. Kena teliti betul. Silap saja, habislah terconteng. Dalam kereta susah sikit nak pakai sebab tergerak sana sini.

Nasib baiklah saya ada beli The Body Shop Smoky Blue Eye Definer. Ni beli masa kat Hong Kong hari tu tapi surely ada juga jual di Malaysia. Original price di Malaysia adalah RM57. Saya beli sebab dapat diskaun gila-gila masa tu. Tu yang tiba-tiba membeli tu. Harga saya dapat untuk satu unit hanyalah dalam RM19 duit Malaysia kot.  

Okaylah. Apa yang seronok sangat pasal produk ni tentulah sebab ianya mudah digunakan. Tenyeh saja kat kelopak mata. Tak perlu nak risau terconteng ke apa. Takkan terconteng punyalah. Produk ni cam style krayon, jadi kena ulang-ulang lukis baru dapat hasil yang cantik. Sekali garis saja tak terang sangat. Ada banyak lagi warna-warna menarik yang dijual tapi saya lebih suka warna ni. 

Selain dari jenama Body Shop, ada beberapa lagi jenama lain yang mengeluarkan produk eyeliner macam ni contohnya Silkygirl.

However, saya tak boleh sangat pakai pencil eyeliner terlalu kerap kerana menyebabkan kelopak mata saya menjadi kering (alahan). -_-



Isnin, 25 April 2016

3.30AM dan Tak tidur

Hi.
Sekarang berada di bukit di Keningau. Tidur di Manis-Manis Rooftop. Di bilik yang.... besarnya (lebih kurang macam dorm untuk empat orang tinggal actually). Tapi tinggal sorang. Haiyooo.... apa boleh buatlah. Yang lain lelaki semuanya. Bestlah tidur ada kawan. Pas tu sunyi semacam, TV tak ada. Pasang music dalam handphone la jawabnya....

Entah cukup tidur atau tak sebenarnya sebab dah dua malam macam tak tidur ikut time. Sekali tu memancing punya pasal. Dekat jam 3AM baru sampai rumah. Then malam berikutnya... jam 1AM baru tidur. Tetap paginya bangun awal seperti biasa.

Now pun terbangun awal betul. Jam 2.30AM dah terbangun. Akibat tertidur awal sikit kot. Tu yang bangun awal tu. Tak tau apa nak buat. Nak keluar bilik tak ada apa juga. Duduk dalam bilik sahajalah. Hidung pun tersumbat ntah ada habuk banyak ke atau sebab kipas. Saya ni kalau duduk bawah kipas lama-lama... mulalah sakit hidung. Haha. Plus sejuk lagi. Tambah la hidung pun tak betul.

Tak sabar rasanya nak off duty. Masih ada dua hari lagi kena tempuhi ni. Bulan depan lagi sakit sikit. Adoyaii... macam... dua minggu berturut-turut extra work. (kalau ikut jadual la).

Hah. Baru-baru ni timbang macam ada turun lagi berat badan. Padahal tengah malam siap melantak roti canai lagi. Tapi berat makin turun lagi. Not sure kalau aktiviti memancing tu buat kita turun berat. Nak kata berpeluh pun tak juga. Sedap ja mancing angin sepoi bahasa. Entahlah. Memang nak turun berat kot. Eheh. Baju pun banyak dah yang muat balik... yeaahh. Okay jugalah. Oh ya! Mungkin juga sebab workout yang dibuat. Walaupun taklah kerap sangat buat kalau dalam seminggu tu. Yeaaapp!

Rupanya 7 & 8 Mei tahun ni di Kuching ada pilihanraya. Ngam pula tarikh tu jugalah saya nak terbang ke sana. Dah berapa tahun tak pijakkan kaki ke Sarawak. Tahun ni nampaknya akan ke sana lagi. InShaaAllah... Saja nak bawa staff pergi jalan-jalan. Lagipun tiket tak mahal. Jadi okaylah. Boleh tengok apa yang best di Kuching.

Cakap pasal lagu all time favorite.... apa lagu yang anda tak pernah rasa bosan dengar? Saya ada satu lagu macam tu. Pure Shores dari All Saints. Ingat tak filem The Beach yang ada Leonardo D'Caprio berlakon tu? Ni lagu untuk soundtrack filem tu. Pas tu boleh pula lagu ni wujud dalam game GTA5. Dalam game tu pun asyik-asyik nak tunggu lagu ni ulang balik dalam radio. HaHaHa.

.....

Sekarang dah jam 0350AM. Still tak tau nak buat apa lagi. Awal lagi ni. Arrggghh!

Pancing suka-suka. Ni hasilnya.


Rabu, 20 April 2016

Jom Makan Seafood Platter di Chilli Padi, Alamesra

Sekarang trend makan seafood yang dimasak dengan bermacam resepi di atas daun pisang dah makin popular. Terbaharu di restoran Chilli Padi, Alamesra juga menawarkan makanan yang enak ini. 

Menu seafood platter yang saya makan pada hari ini termasuk udang goreng butter, lokan halia bawang putih, sotong goreng tepung, ikan swet sour, ketam black pepper dan sayur brocoli... cukup untuk tiga orang makan. Ditambah pula dengan sambal kicap, nasi putih dan air sirap. Satu kepala dicas RM18.

Apa yang menjadikan menu seafood platter ini sedap ialah daun pisang yang membuatkan masakan ini wangi. Seafood ini dimakan bersama sambal kicap tentu membuatkan anda berselera. 

Makan ramai-ramai baru best. Anda boleh membuat tempahan awal di restoran Chilli Padi atau walk-in sahaja pun boleh. 

Selain itu, restoran ini juga menawarkan masakan lain seperti nasi campur, goreng-goreng... sesuai dengan selera Asia.

Restoran Chilli Padi terletak di Alamesra bersebelahan dengan pejabat Perodua dan bertentangan dengan Hong Leong Bank Alamesra.

Jom makan beramai-ramai!

Mouth watering seafood galore

Selasa, 19 April 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 6

Semalam memang worst nightmare lagi. Ni dah kali ke tiga mimpi jumpa ngan hantu yang rasa betul-betul macam real tapi sebenarnya tak real. 

Ceritanya begini:

Dalam rumah saya tu ada my dad, my cat Si Hitam dan dua orang lagi tak tau siapa. Kucing saya tidur di atas meja makan. Lepas tu ada anjing menyalak dan nak ganggu Si Hitam. Terus saya halang anjing tu. Tapi not sure yang sebenarnya menyalak tu anjing atau kucing. Sebab rupanya pun macam kucing juga... macam anjing juga. Then saya tanya dengan orang lain yang ada di dalam rumah tu. Dia kata tu bukan kucing tapi anjing. 

Lepas tu saya terus bawa Si Hitam tidur di bilik saya. Saya letak Si Hitam di atas katil tempat dia selalu tidur dan saya pergi mandi. Tengah best mandi... suddenly ada 'benda' tengok dari tingkap. Tapi 'benda' tu terbang menelentang. Saya pusing tengok 'benda' tu, 'benda' tu terus sembunyi perlahan-lahan sebab sedar saya tengok dia. Rupanya pocong. Saya tarik tuala dan keluar dari kamar mandi (tak sempat bersabun pun. Haha). Elektrik pula tak ada. Si Hitam pun tak ada juga. Keadaan gelap tapi still boleh nampak sebab cahaya dari lampu jiran-jiran sebelah.

Dah saya pakai baju cepat-cepat... saya nak turun ke bawah. Sambil saya panggil ayah saya. "Babah!, Babah!". Suara saya pun macam tak keluar. Tersekat-sekat macam orang serak suara. Masa saya nak turun tu... saya nampak hantu pocong tu berlegar-legar di ruang tamu. Then saya beranikan diri turun ke bawah. Jumpa pocong pun jumpalah. Daripada saya terkurung di dalam bilik, nanti pocong tu naik atas lagi susah.

Saya turun tangga, pocong tu dah tercegat depan tangga. Saya terus meluru ke arah pocong tu tapi sambil baca ayat suci. Suara tak ada pun hentamlah. Yang penting baca. Pocong tu tak takut. Saya pun berhadapan dengan pocong tu dan terus pegang pocong tu. Walaupun pocong tu pakai bungkus, tapi saya dapat pegang pergelangan tangan pocong tu. Kurus. Tapi tak sejuk macam saya mimpi pontianak pegang tengkuk saya dulu. Pocong tu pegang bahu kiri saya (tangan pocong tu dalam bungkusan kain putih la tapi tak tau macam mana dia boleh juga jangkau bahu saya).

Terus saya terbangun, saya tengok Hafiz tidur di sebelah, Si Hitam tidur di hujung katil. 

Pagi ni still terngiang-ngiang mimpi pocong. Itu sahaja.

Tamat... 

Rupa hantu pocong tu lebih kurang macam ni. Tak ada muka. Tak sama seperti mimpi saya yang sebelumnya iaitu pocong tu ada muka. Matanya bulat bersinar dan giginya tajam. source.

P/S - Kalau tak silap saya, gambar ini adalah gambar betul yang diambil oleh seorang lelaki di Indonesia. Beliau dikurniakan deria keenam dan pernah beberapa kali mengambil gambar makhluk ghaib tetapi tidak berjaya. Suatu hari beliau ternampak pocong dan sebelum beliau mengambil gambar, beliau meminta izin daripada Allah S.W.T. Makanya... inilah gambar yang dimaksudkan. Saya melihat kisah beliau di dalam My Ghost Story Asia yang ditayangkan di Astro. 

Isnin, 18 April 2016

Siapa Kata Kalau Anak Perempuan Kahwin, Ayah Tak Perlu Buat Apa-Apa?

Satu hal yang paling saya tak suka tengok atau dengar ialah.... kalau anak kahwin tapi bapa relax semacam. Alasannya sebab bukan si bapa yang nak kahwin, tapi anak tu yang kahwin. Jadi kononnya bolehlah si bapa buat relax dan tak perlu bantu anak atur kahwin? Oh please.... Siapa lagi yang akan bantu kalau bukan keluarga sendiri?

Hari ni bertekak dengan somebody yang rasa.... errr... 'Buat apa nak bantu. Bukan bapanya yang nak kahwin, anaknya yang nak kahwin. Duit buat kenduri semua pihak pengantin lelaki yang bagi. Kalau tak cukup duit, suruh pihak lelaki deposit dulu dalam RM8,000 ke... buat belanja kenduri. Kalau aku pun buat benda yang sama juga'. Senang la cakap sebab tak ada anak perempuan yang kahwin lagi. Nanti dah ada anak perempuan kahwin... baru tau la betul ke tak cakap tu.

Buat belanja kenduri tu memang kebiasaannya duit dari pihak lelaki yang akan ready. Tapi kita yang pihak perempuan ni pun nak kena keluar duit juga. Apppooodaaahh! Apa ingat suka hati ke nak minta pihak lelaki deposit sekian harga untuk buat kenduri? Cakap memang senang. Tapi kita pun consider juga banyak hal. Kalau saya la... segan nak minta deposit dulu. Lagi satu, mustahillah kalau pihak perempuan tak keluar sesen pun untuk kahwin. Dulu boleh la kot. Sekarang ni semua kena bayar. Basuh pinggan pun kena bagi bergaji laaa.

Memang tak seronok berbicara pasal benda ni. Tapi memandangkan saya pun dah kahwin, saya kena bagitau juga bagaimana perasaan apabila ayah buat tak tau bila anak perempuan mereka nak kahwin. Mesti akan rasa sangat upset sekiranya ayah sendiri tak tolong apa-apa. Pergi beli barang ke, pasang khemah ke... apa-apalah. Tu kira membantu juga. Takkan semuanya ibu sahaja yang kena buat? Asal kahwin, ibu la yang paling busy. Jadi ayah buat apa? Duduk termenung saja? Datang tengok anak, pas tu berlalu pergi macam tetamu, sangatlah tak releven. Walaupun majlis anak kahwin, tapi ketua majlis tu tentulah ayahnya. Jangan kata 'aku peduli apa'. Air muka keluarga kena jaga.

Rata-rata saya tengok ayah orang lain, siap cuti dua minggu lagi sebab anak perempuan dah nak kahwin. Ada yang bagi duit sikit kat anak sebab nak ready segala persiapan, ada yang tak senang duduk kalau tak buat apa-apa persiapan lagi. That's normal!! But sesiapa yang tak ada perasaan tu... mesti ada masalah punyalah.

Bayangkan sahajalah kalau kita nak kahwin, pas tu ayah buat dek saja... kita yang kena buat semua. Kalau yang tak ramai adik beradik lagilah susah. Ayah langsung tak nak amik tau. At least... AT LEAST kalau tak larat nak membantu pun, concern la sikit pasal anak. Tanya dah prepare apa benda. 

Malas nak cakap panjang...

Menunggu Ikan....

Macam biasalah kalau setiap malam Sabtu, ada masa terluang mesti turun ke jeti pergi ikut memancing sekali dengan yang lain. Yalah... dari duduk di rumah, baik pergi memancing lagi best. 

Tapi malam tu memang duduk tunggu ikan sangkut di mata kail sahajalah. Sebab air surut, jadi ikan agak kurang. Sebelum tu jom saya bagi basic tips memancing yang mum saya bagi kat saya:

"Kalau air surut, ikan berenang ke tengah laut. Kalau air pasang, ikan ada juga di tepian"

Jadi kalau air tengah surut, pandai-pandailah buang pancing jauh sikit. Kalau tak... susah nak dapat ikan. Macam baru-baru ni... Wuuu... lenguh badan menunggu ikan. Dapat ikan pun satu dua ekor sahaja. Mana tak... air surut -_-

Kat rumah menunggu kena jemput nak pergi memancing. Main dengan Si Hitam yang manja

Kuorum pancing pun tak ramai sebab ada yang pergi outstation. Deii...

Tapi pemandangan tetap cantik malam tu

Bulan waxing gibbous pun cantik


Rabu, 13 April 2016

Transaksi Tidak Berjaya Tapi Duit Dalam ATM Kena Tolak, Apa nak Buat?

Apa yang harus kita lakukan kalau terjadi kes keluarkan duit di ATM tapi tak berjaya.... dalam masa yang sama duit dalam akaun ditolak?

Kenapa transaksi tak berjaya?
  • Sistem error secara tiba-tiba
  • ATM machine tiba-tiba tergendala atau tak ada elektrik sewaktu nak keluarkan duit.

PENTING :  Setiap kali nak keluarkan duit dari ATM machine, jangan lupa ambil resit kerana sangat penting sekiranya terjadi apa-apa, terutama jika menggunakan perkhidmatan MEPS.

Sekiranya transaksi tidak berjaya, cuba-cubalah tengok akaun anda selepas tu. Ada ditolak duit atau tak.

Jika kena tolak... apa nak buat?
  • Simpan resit ATM yang anda dapat hasil daripada transaksi yang tak berjaya tu.
  • Segera laporkan kepada pihak bank melalui hotline (lebih mudah). Contohnya kalau anda keluarkan duit menggunakan kad Maybank tapi pergi cucuk duit di ATM CIMB (MEPS), kena call Maybank terus.
  • Pihak customer service akan ambil segala maklumat termasuk bagaimana kejadian boleh berlaku, masa, tempat.. beserta butiran peribadi anda untuk pengesahan seperti nombor akaun bank. Resit ATM boleh dirujuk untuk tengok masa dan tempat bank. 
  • Laporan dan wang akan dikembalikan dalam masa 14 hari bekerja.

Jangan panik!

Selasa, 12 April 2016

Cara Hilangkan Jerawat dengan Senang dan Murah

Berita baik untuk yang nak hilangkan jerawat dengan kaedah paling senang dan murah. Jadi saya share satu produk ni, Waazu. Mungkin produk ini baru beberapa tahun di pasaran, tapi kualiti dan hasilnya sangat bagus! Sebelum produk ini dipasarkan, saya telah diberi guna untuk percubaan (Pengasas produk ini adalah kawan kepada boss saya). Dan saya sangat berpuas hati setelah nampak hasilnya.

Produk ini banyak manfaatnya dan multipurpose. Disahkan halal oleh JAKIM, tidak mengandungi alkohol dan racun, mudah dibawa ke mana sahaja, boleh dipakai dalam keadaan berwudu', disyorkan kepada yang nak ke Haji atau Umrah, murah dan berkesan. Produk ini juga ada clinically testings.

Jom kita tengok apa benefit Waazu berdasarkan pengalaman saya atau rakan yang telah menggunakannya:

Kurangkan Jerawat di Muka
Produk ini sangat bagus untuk muka yang mempunyai jerawat, tak kira jerawat apa pun. Hanya spray sahaja di muka sebelum pergi kerja (sebelum pakai mekap), waktu tengahari dan malam sebelum tidur (sebelum pakai krim pelembap ke... apa-apa la). Hasil boleh nampak dalam tengok dua hingga tiga minggu selepas penggunaan.

Suatu hari tu kawan saya ceta kat saya pasal anaknya berkulit sensitif dan berjerawat. Jadi saya promote Waazu kepada kawan saya. Selang dua bulan lepas tu, kawan saya SMS saya minta kirimkan tiga botol lagi Waazu sebab sesuai dengan anaknya. Jadi... saya pun happy la sebab produk yang saya syorkan ni betul-betul bagus.


Hilangkan Gatal di Mata
Saya bawa Waazu ke mana sahaja (escpecially time travel) untuk keperluan harian saya. Masa kat kampung hari tu, mata aunty saya ni gatal ntah tiba-tiba tak tau kenapa. Mata pun dah naik merah, then saya cubalah spray Waazu. Spray sahaja terus di mata. Alhamdulillah... berkesan juga dan mata tak gatal lagi.


Hilangkan Gatal Akibat Allergic
Baru-baru ni pergi KL ngan kawan saya. Kan masa tu jerebu melanda di KL dan yang sewaktu dengannya. Kawan saya ni berkulit sensitif seperti saya. Terdedah kepada jerebu membuatkan kulit dia jadi gatal. Sampai hotel asyik bergaru-garu. Saya pun minta dia try Waazu ni. Spray sahaja terus langsung tak gatal lagi. Memang produk ni berkesan. Lepas tu terus kawan saya ni beli dua botol Waazu untuk dia guna.

Untuk membersihkan luka
Biasalah kalau ada kucing kat rumah, confirm tangan pernah luka-luka. Kalau kuku kucing tu kotor lagi, memang masuk kuman la jawabnya luka tu. Lepas tu tangan jadi gatal-gatal. Tak perlu lagi cuci luka dengan air, terus sahaja sembur Waazu di luka berkenaan. Lebih efektif.

Selain itu... banyak lagi manfaat Waazu ni seperti:

  • Sanitizer. Boleh diggunakan untuk mencuci tangan yang kotor menggantikan hand sanitizer yang lain. 
  • Menyegarkan muka. Kadang-kadang muka terasa panas dan kering. Sembur sahaja Waazu tu, dah rasa sejuk balik. 
  • Mengurangkan ruam
  • Banyak lagi kegunaannya. Nak tau lebih lanjut... terus layari laman web Waazu di sini.
Harga sebotol yang dijual dipasaran adalah RM35 sebotol. Sebotol tu boleh tahan selama lebih sebulan.  

Waazu

Penggunaan ke atas diri sendiri (gambar no edit):

3 Jun 2014. Ni keadaan rupa saya lepas diserang jerawat yang banyak. Nak tau cerita klik link ini. Ni dah guna Waazu selama satu minggu kalau tak salah. Kesan jerawat dan sedikit jerawat hidup masih ada T.T

10 Jun 2014. Still guna Waazu. Dah nampak makin kurang

16 Julai 2014. Kesan jerawat semakin pulih. ^^ Yeaaa

31 Oktober 2014. Jerawat tinggal sikit-sikit + gemok la pula masa ni!!

22 November 2014 punya muka

22 November 2015. Tiada jerawat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jom tengok yang ni pula. Jerawat naik akibat jerebu. (12 April 2016)

(15 April 2016)... Jerawat dah kurang 


18 April 2016. Keadaan muka selepas beberapa hari sembur Waazu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dr. Badrul (pengasas Waazu) dan duta Waazu, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor



Ahad, 10 April 2016

Jom Tengok Ikan di Aquaria KLCC

Lepas sahaja dari Zoo Negara, kami meneruskan perjalanan ke Aquaria KLCC. Excited nak berjalan, tu yang pusing ke sana ke mari... HeHeHe... 

Aquaria KLCC ni terletak di area KLCC Tower tu juga. Ini pun satu. Last sekali saya pergi... eerrrr.... rasanya tahun 2009 kot. HaHaHa! XD Jadi ni pergi balik untuk memuaskan hati. Manatau dalam tu dah berubah. 

Tapi nampaknya lebih kurang sama sahaja macam dulu. Ada tambah-tambah sikit la kot. Bayaran masuk untuk pemegang MyKad adalah RM46 dan kalau bayar guna kad kredit atau kad debit Maybank... dapatlah diskaun 10%. So just kena bayar RM41 sahaja. Lepas tu dah boleh masuk. 

Seronok tengok ikan-ikan berenang. Ada ikan piranha, ikan yu, ikan pari, obor-obor, kuda laut dan pelbagai jenis ikan yang saya tak pernah nampak. Cantik saja tengok ikan tu semua berenang sakan. Pas tu masuk dalam terowong ikan. Rasanya sana area yang paling best. Kalau nak pergi, boleh pergi time weekdays sebab kurang sikit orang. Barulah boleh amik gambar cantik. :-b

Apa-apapun, tak rugi masuk Aquaria KLCC. 

Ikan piranha

Turun tangga ke area lain. Tengok ada ikan yu dan pari yang besar

Cantik kan ikan tu asyik berpusing-pusing

Excited tengok ikan pari

Amik gambar

Ikan jerung!




Pari

Pine cone fish



Nak sentuh ikan pun boleh