Jumaat, 25 Mac 2016

Trip to Hong Kong - Part 3

Masih lagi mood Hong Kong....

Ni last destinasi kami sebelum keesokan harinya balik ke Malaysia. (P/S - Baju kami kebanyakannya nampak sama sebab ada bawa satu sweater sahaja. Hahaha >.<)

Okaylah. Kami nak juga ke Ngong Ping 360° di Lantau Island (dekat ngan airport) sebab nak pergi tengok Tian Tan Buddha yang sangat sangat besar! Punyalah excited nak naik cable car. Mula-mula ada member dalam group kami tu tak nak naik sebab nervous tempat tinggi. Pujuk punya pujuk, akhirnya naik juga. Memang best la. Boleh tengok pemandangan dari tempat tinggi. Harga naik cable car pulang balik ialah HKD185. Kalau nak naik yang crystal cable car ada mahal sikit. Dalam HKD200+ Tapi kepada yang nak merasai seperti terbang di awangan, naiklah crystal cable car. Tak rugi. 

Sampai sahaja di Ngong Ping 360°, apa lagi teruslah bergambar sana sini. Ramai orang masa tu. Tapi kami bernasib baik kerana nampak Tian Tan Buddha dari cable car yang kami naik tu.

Kat Ngong Ping village ni boleh tengok movie Hong Kong

Bergambar bersama pop corn yang beesaar!


Nampk tak Tin Tan Buddha di belakang tu?

Amik gambar dulu..

Ni la keadaan masa naik cable car. Punyalah excited. Orang lain semua duduk diam-diam. Group kami kejap berdiri sana, kejap pindah ke sini pulak.


Weeeee.... merentas lautan ke pulau sebelah. Lantau Island.

Nah! Tempat pengunjung buat hajat

Mao. Comelnya.

Hampir nak sampai ke Tian Tan Buddha

Crazy crazy us. 

Me with Hafiz

Dah sampai ke Big Buddha. Ni bergambar dengan dayang-dayang Buddha dulu.

Yipppi. Selamat sampai ^^ Sejuk kat sini ni

Ni dah turun balik

Ni shot dari my digital camera

Taaadaaa! Nampak Big Buddha

Souvenir shop di Po Lin Temple

Di Ngong Ping 360° juga ada jual makanan halal. Ebeneezers Kebab. Harga kebab HKD85.


Nasi briyani ikan. HKD65

Dalam cable car nak balik dah

Ada pelbagai tempat untuk dilawati di Ngong Ping island. Jika anda berkunjung ke Hong Kong, wajib kena datang ke sini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!