Rabu, 16 Mac 2016

Trip to Hong Kong - Part 1

Yeaaahh!! Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Hong Kong pada 11 Mac 2016. Kali ni trip seramai sembilan orang di kalangan rakan sepejabat + family. Meriahlah jadinya. ♡♡♡ Actually trip ni dah lama kami rancang since tahun lepas lagi. Beli tiket siap-siap. Akhirnya semua berjalan lancar juga. ^^

Turun dari kapal terus straight pergi Disneyland Hong Kong. Sebelum tu saya nak share sikit tips perjalanan ke Disneyland:
  1. Boleh naik taxi, bas atau naik MTR. Kalau naik MTR... dari airport turun ke Sunny Bay Station. Kalau naik bas... ambil bas yang bermula dari huruf A. Kalau naik taxi, boleh amik taxi warna merah atau hijau. Apa-apa perjalanan pun, paling convenient adalah naik MTR. Public transport di Hong Kong sangat tip top. 
  2. Boleh simpan beg luggage di Disneyland. Luggage Valet terletak sebelum main entrance. Cas adalah HKD90 untuk setiap beg.
  3. Makanan halal (certified) ada di Disneyland seperti di Tahitian Terrace yang menyediakan Asian Cuisine. Harga sepinggan nasi ayam adalah HKD109. Tempat lain yang halal adalah Explorer's Club Restaurant, Disneyland.
  4. Beli tiket online lagi murah iaitu HKD539 (dewasa), HKD385 (kanak-kanak) dan HKD100 (warga emas) sahaja berbanding walk-in yang lebih mahal dan nak baris lagi satu hal...
  5. Semua permainan dan aktiviti di dalam Disneyland adalah free.
  6. Nak ke Disneyland... pergi time weekdays masa kerja kerana orang kurang sedikit berbanding weekend atau cuti sekolah. (Nak berbaris main tu panjang).
  7. Waktu paling pack adalah waktu tengahari ke petang. Petang tu ada parade. Don't miss it!!
Luggage valet di luar main entrance untuk simpan beg


Apa-apa pun nak share sedikit foto kenangan semasa di Disneyland Hong Kong.

Punyalah happy dapat ke Disneyland Hong Kong. Sebenarnya cuaca masa ni agak sejuk... dalam 11°C. Hamik ko! Tak ada bawa sweater  Tapi masih relax tak rasa apa lagi masa ni.

Ni baru di depan Disneyland tu. Tak masuk main entrance lagi.


Me with Khai

Rombongan kami yang sentiasa meriah



Baymax!!!


Taaadaaa! Tiket kami

Me with Hafiz

Di Disneyland ni divided kepada beberapa parts. Contohnya kalau ke.Tommorowland... tu semua yang ala-ala space. Kalau ke Fantasyworld... tu semua yang style fairytale. 

Yang gambar kami ni di rumah Tarzan. Kena seberang naik perahu kayu lagi baru sampai ke tempat ni.


Ni masa masuk ke Mystical World. Memang best. Kita duduk kat kerusi tu saja. Pas tu kerusi tu gerak bawa kita dari satu tempat ke satu tempat. Dalam tu... lukisan semua tiba-tiba gerak sendiri... macam-macamlah!. Style 5D. Terasa seperti pergi ke dunia Harry Potter.

Ni tempat naik train untuk tengok sekeliling Disneyland. Cantik!

Ni Space Mountain. Rupa-rupanya rollercoaster. Best! Sambil ber rollercoaster, pas tu kononnya sambil tengok alam semesta. Cantik tapi saya tak leh nak tengok semua. Pening kepala jadinya.

Nasi lemak ayam di Tahitian Terrace. Not bad. HKD109 + minuman sekali. Alhamdulillah kenyang.





Teruja makan sotong salai. HaHaHa!!

Toy Story punya konco



Parade!!


Sempat belajar melukis lagi

Ni dah habis berparty dari Disneyland. Masih di Sunny Bay Station. Nak pergi check in hotel.
Kami punya trip kali ni memang bajet habis. Tinggal pun tempat bajet sahaja. Yalah. Sebab nak menghabiskan masa untuk berjalan di luar melihat sekeliling Hong Kong... so tempat tinggal doesn't matter. Walaupun tempat bajet, tapi fasiliti tetap bagus. Ada TV, air panas, aircond dan air minuman. Rating bagus.
Kami tinggal di Ah Shan Hostel yang terletak di Sincere House, Mong Kok. Harga tiga malam untuk bilik dua orang adalah RM600+ sahaja. So sorang dalam RM300 untuk tiga malam. Booking awal-awal kat Agoda.com. Boleh save banyak duit. 

Pemandangan Ah Shan hostel dari luar yang very Hong Kong style

Okaylah. Selesa

Jangan confuse sebab ada banyak hostel lain di dalam Sincere House tu (maksudnya tingkat 9 Hotel
Dragon Inn, tingkat 10 semua As Shan Hostel etc).

Direction to Sincere House, kalau dari station Mong Kok, keluar ikut exit D dan terus berjalan keluar selama 5 minit. Pas tu nampak 7 Eleven, gerai jual lok-lok dan Spanish Hourly Hotel, taadaa! Sincere House di Argyle Street ada di sekitar itu.

Kenapa pilih As Shan Hostel? Sebab bajet tapi fasiliti bagus, dekat dengan station MTR, tak jauh dari ladies market dan fish market dan 24 hour store. Makanan halal di sekitar Mong Kok tak berapa banyak jika dibandingkan di area Kowloon tapi still ada lagi. Contohnya Ottoman Turkish Restaurant dan Spice of India Restaurant.

Ni la Ottoman Turkish Restaurant yang menyediakan masakan halal

Not so vege dish tapi apa boleh buat... tak ada makanan vegetarian disediakan. -_-
Teh Turkish HKD20. Memang kaw

Kat depan restoran tu semua gerai menjual barangan souvenir

Kedai kat Hong Kong ni buka lambat sikit. Kebanyakannya buka sekitar jam 10AM ke atas. Paling happening time waktu malam. Apa-apa pun, fasiliti untuk orang awam sangat bagus termasuk kepada golongan istimewa. Jadi memang tak ada masalah melancong di Hong Kong walaupun untuk first timer. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!