Khamis, 3 Mac 2016

Tips Bawa Beg Semasa Travel

Tadi petang baru sampai ke Kuala Lumpur. Esok petang nak balik dah. Syukur flight smooth... awan tak banyak. Kalau tak..... eeee..... menakutkan!

Okaylah. Ni saya nak share tips barangan yang perlu dibawa ketika outstation atau pergi travel. Mungkin berbeza dengan tips yang orang lain bagi. Langkah-langkah yang saya nak share ni adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang saya tau...

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆



☆☆BEG☆☆
  1. Jangan bawa banyak beg. Kalau nak pergi outstation... masukkan semua barangan dalam satu beg sahaja selain dokumen penting, dompet etc. Tu kena masuk dalam handbag lain.
  2. Kalau nak travel setakat satu dua hari, gunakan beg yang boleh simpan dalam kabin. Tak perlu simpan beg dalam kargo kerana nak tunggu beg keluar satu hal, kalau misplace lagi... satu hal juga!
  3. Kalau nak travel lama, make sure ada spare baju atau sekurang-kurangnya underpants... di dalam handbag. Jika berlaku kehilangan beg dari kargo, still ada persalinan lagi.
  4. Make sure beg berkunci kalau nak masukkan dalam kargo. Jangan simpan barang berharga di poket kecil lugage kerana barangan tersebut boleh dicuri.
  5. Boleh bawa spare beg kain atau beg yang nipis di dalam lugage. (Kalau rasa-rasa nak shopping banyak then tiba-tiba beg tak muat). Nak beli kat sana pun boleh juga.
  6. Beg lugage yang ada ruang lebih atau yang boleh extend adalah yang terbaik.
  7. Untuk handbag pula... pastikan handbag yang kita nak bawa travel tak terlalu kecil. So mudah nak bawa passport, duit etc. Dan pastikan handbag tersebut bertali dan senang dibawa.
  8. Sentiasa letak handbag di bahagian hadapan badan. Berhati-hati dengan pick pocket.



☆☆BAJU☆☆
  1. Jangan bawa banyak sangat baju. Terutama kalau yang nak travel jauh-jauh.... satu hari satu baju pun cukup. Sebab sepanjang hari tu kita akan maksimumkan masa untuk berjalan, takkan ada masa nak tukar-tukar baju. Kalau rasa tak cukup baju, boleh beli kat sana nanti.
  2. Recycle baju. Jeans boleh pakai balik-balik apa.
  3. Bawa baju / seluar / tudung yang tak perlu nak iron.


☆☆PERALATAN LAIN☆☆
  1. Toiletries terpenting yang kena ada ialah berus gigi dan ubat gigi +small towel. Sesetengah hotel / hostel tak bekalkan barang-barang ni.
  2. Bawa semua peralatan bersaiz kecil. Contohnya sabun botol kecil, losyen kecil, perfume kecil... semua kecil la. Ingat kalau ke luar negara... liquid things tak boleh lebih dari 100ml (3.4 ounces) kalau handcarry. (Walaupun liquid dalam tu tinggal sikit tapi botol tulis 110ml pun kena rampas juga). 
  3. Jangan lupa bawa tisu dan tisu basah dan simpan dalam handbag. Penting! For example : Tandas di China tak ada ready hos air.... -_- jadi...
  4. Bawa ubat-ubatan seperti ubat selsema, Paracetamol, antibiotik, vitamin C 1000mg dan lain-lain. Masukkan dalam plastik dan labelkan. Declare sekiranya perlu.
  5. Jam tangan kena bawa. Passport kena sentiasa dipastikan ada dibawa bersama.
  6. Kalau nak travel ke luar negara, jangan lupa bawa universal adapter.
  7. Powerbank dan laptop - please hand carry. (Kena declare). Kengkadang bila checking di airport, tak lepas.
  8. Kalau pakai tali pinggang, digalakkan pakai belt yang diperbuat dari plastik supaya masa checking tak perlu nak buka bagai.
  9. Gunakan kasut yang sesuai untuk travel ke luar negara. Digalakkan untuk pakai kasut yang senang nak sarung dan selesa. Supaya masa checking tak perlu nak buka tali kasut semua (Ada negara yang kena suruh buka kasut). Kalau ke negara bersalji, gunakan kasut boot tapak berbunga.
  10. Print tiket kapal siap-siap. Buat backup dalam handphone (printscreen atau QR code). Begitu juga untuk tiket lain-lain seperti tiket bas, theme park etc.
  11. Sediakan itinerary untuk melancong.
  12. Sebelum melancong... google dulu di mana-mana tempat menarik... bagaimana nak sampai, cari makanan halal. Dan... dapatkan map ketika sampai.
  13. No sharp things ketika handcarry contohnya shaver, gunting dan pencabut kening. 


☆☆DUIT☆☆
  1. Jangan letak duit di dalam satu tempat sahaja. Letak di beberapa tempat berlainan. Contohnya separuh dalam poket seluar... separuh lagi dalam handbag zip pertama... then masukkan lagi dalam zip kedua.
  2. Kena ready duit kecil. Untuk tips, tambang dan kalau nak beli barangan runcit.
  3. Bawa wang secukupnya. Yang penting kad kredit kena standby.



Kalau ada yang tertinggal nanti saya update lagi ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!