Ahad, 13 Mac 2016

Time Out

Hari ni adalah hari kedua berada di Hong Kong. Nantilah saya upload gambar-gambar kat Hong Kong dan bagi sikit tips kalau nak pergi sini. Banyak gambar kat dalam kamera still tak transfer lagi.
View kat Hong Kong ni escpecially tempat pelancongan memang cantik. Dengan cuaca sekarang ni (bulan Mac) yang sejuk (11°C), lagilah best. Entahlah tapi saya suka melancong ke tempat yang sejuk. Tapi kalau kat dalam office sejuk, susah sikit nak buat kerja.

Anyway, saya tak beli simkad Hong Kong sebab malas nak layan WhatsApp yang datang bertalu-talu. Semua pun nak tanya pasal kerja. Tak nak la fikir kerja time holiday ni. By the way, memang akan on WhatsApp juga la kalau ada Wi-Fi. Time tu la banyak message mendatang. HaHa. Tapi saya pun dah serah tugas siap-siap... patut dah tak ada hal lagi. 

Walaupun percutian ni singkat, kami semua akan gunakan sebaiknya. Mesti pergi ke tempat pelancongan di Hong Kong! Mungkin kalau nak shopping taklah sangat, but more to the other ways seperti sight seeing yang surely beautiful, culture dan cuaca yang berbeza, variety of food (for Muslim kena pilih yang halal) serta bangunan yang unik.

Melancong ke sini terus teringat gilem Hong Kong yang dulu-dulu escpecially bila kita ke area Tsim Tsa Tsui macam gambar saya kat bawah tu. Tengok bot dan feri lalu lalang... heheheh... menggamit memori cerita klasik Hong Kong. 

That's it!

Nak plan lagi ke negara lain lepas ni. Of course with the lowest budget. Next trip... don't know but the plan is there. Bila lagi nak pergi melancong kan? Asyik terperuk buat kerja.... sometimes kena recharge balik. Kalau tak... tak bersemangat. 

Okay... sambung next entry. ♡♡♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!