Jumaat, 18 Mac 2016

Thai Style : Mia Boat Noodle, 1Borneo

Siapa dah try di Mia Boat Noodle di 1Borneo? Jika tak cuba lagi, pastikan anda cuba sekali dulu. Pasti nak pergi lagi.

Apa yang best pasal restoran ni.. bila masuk rasa macam berada di restoran Thailand pula. Dengan suasananya, jenis makanan, pas tu bila makan paling syok kalau ada susun mangkuk tinggi tinggi dan tinggi.

Jadi saya dan kawan saya pun try kat Mia Boat Noodle ni. Ternyata tak mengecewakan. Very cozy place, masakan pun sedap! Time lunch time ada disediakan menu Happy Lunch Promo dengan harga yang berpatutan. 

Apa tunggu lagi. Jom ke Mia Boat Noodle yang terletak di basement bersebelahan dengan MarryBrown. ♡

Feeling Thai ^^

P/S - Mia Boat Noodle juga dibuka di Imago Kota Kinabalu



Ini menu Happy Lunch

Forget about vege menu, saya pesan Basil Chicken Rice. RM6.90. Nampak simple tapi sedap. Mix dengan nasi putih dan makan. Awesome!

Kawan saya pula order beef soup sebagai side dish

Thai Tea yang enak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!