Khamis, 17 Mac 2016

Sibuk? Alasan Lagi

Pelik dengan pekerja yang suka bagi excuse ni. Pelik! Memang pelik! Nak kata gaji kita yang kuli ni lagi tinggi, golongan pelik tu lagilah dapat gaji lumayan. Nak kata kita yang kerja empat lima tahun ni lagi banyak pengalaman.... golongan tu lagilah dah lama berkhidmat. Fuh! Tentulah dah terrer buat kerja, kan? That's my expectation. Semua orang pun akan expect begitu.

Tapi....

Pelik. Ada yang dapat arahan dari atasan... boleh pula arahan tu diubah. Pas tu mulalah kerja tu ditolak dengan kita yang konon tak 'sesibuk' mereka ni. Nak lawan balik, nanti cerita jadi panjang lebar.

Bukan kita tak nak buat kerja. Apa kerja pun semua kita buat. Biarlah yang out of comfort zone ke, kerja siang malam ke, tak dapat cuti ke... apa-apalah. Kita still buat. Tak kisah. Itu amanah. Kita serve untuk orang awam. Gaji yang kita dapat tu kita nak bagi makan kat family kita. Tapi kalau kerja tu dah dibagi ngan kita, takkan sesedap rasa nak tolak kat orang lain dengan alasan yang kurang matang?

Semua orang sibuk. Tapi sibuk ni ada dua kategori. Ada yang sibuk tak produktif... ada yang sibuk tapi produktif. Oh! Ada lagi satu. Yang buat-buat sibuk dan tak produktif langsung.

Bengang ngan excuse yang golongan ni berikan. Tak dapat la..., kerja dah tahap maksimum la apa la... heh! Sibuknya la. Sampai dah tak larat nak buat kerja..... errr.... dengan alasan dah pegang banyak kerja hakiki. Banyaklah sangat. Kita kerja dalam team. Pandailah delegate kerja. Kan?

Kalau nak dibandingkan dengan kita yang tak seberapa ni, kecewanya la dengar alasan tu. Kita pernah kerja dari jam 8AM sampai jam 9PM. Mata asyik hadap komputer, tangan menaip laju. Kadang-kadang lunch pun skip. Pas tu kerja hakiki kita ada yang lagi banyak dari golongan pelik ni --- yang sepatutnya boleh handle more works than us.

Nak juga meluah...

Macam saya... kalau dah sibuk... sibuk terus. Nak rehat pun tak sempat. Kerja saya banyak travel sana sini. Mengatur orang, buat laporan, handle kerja itu ini... banyak tau kena buat! Ingat travel ni macam makan angin ke? Mana lagi handphone tak berhenti WhatsApp masuk dan berdering. Time sakit pun kena kerja dari rumah!. Saya dah dua tahun tak amik cuti lepas raya. Orang lain sibuk berhari raya sampai raya nak habis, saya raya ke tiga dah duduk balik buat kerja. Cuti hujung tahun jauh sekali. Tak pernah nak amik cuti bagai. Nak plan holiday baru-baru ni pun... alahai... dari tahun lepas. Tu pun tak senang hati sebab terkena hari-hari yang penting. Tak senang hati tau! Bos saya direct kepada pengurusan utama. Jadi kerja kena cepat. Kena lagi yang perfectionist dan tak terima alasan remeh.. nah! Apa boleh  buat. Yang paling best masa kena handle event besar. Tiap tahun mesti ada punya. Bukan sekali tapi ada banyak event. Kena catch up juga. Nasib baik team saya efisyen.

Ada orang baru amik 1/3 tugas saya buat dah menangis teresak-esak. Ada yang terus cuti dua hari tak tahan tekanan. Dah memang nature kerja macam tu. Nak buat macam mana? Belum masuk hal peribadi lagi yang banyak nak kena urus. Sebab tu jangan ikut sedap mulut nak tanya bila nak ada anak. Itu soalan yang paling fed-up saya nak jawab. Annoying. (Kan dah ter pergi ke topik lain).

Bukannya saya nak berlagak bagitau yang saya ni lagi banyak kerja ke apa, tapi fokus utama di sini, don't make excuses! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Terpulang dengan kebijaksanaan kita nak mengatur langkah.

Orang tak nak dengar alasan, orang nak hasil. Kalau kita berfikiran positif, kita terima semua beban tu sebagai cabaran. Kita kerja bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua. Nak memudahkan... bukan menyusahkan.

Kalau nak bagi excuse kata tak dapat buat, baik tak yah kerja. Sebab tu la kita diajar cara mengurus masa dan staf dibawah kita. Apa guna ikut kursus kalau asyik bagi alasan. Just nak share la perasaan kita yang kononnya tak se-terrer orang yang dah banyak pengalaman kerja ni.

Fed-up!

P/S - If you know how to manage your time, it will be no problem at all. Everyone has 24 hour a day. Dan saya masih boleh menaip blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!