Isnin, 28 Mac 2016

Selamat Pengantin Baru Adek

Baru lepas exercise. Sempena mengeringkan peluh... taip blog dulu.

-
-
-
-
-

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru to my only adik dan pasangannya. Semoga berbahagia hingga ke Syurga....

Thank you juga kepada Mak Andam, Fiza yang rupanya isteri kepada kawan sekerja saya dulu. Cantik mekap dan pelamin tempat bersanding tu. Apa-apa pun, terima kasih banyak juga kepada orang-orang dapur yang berhempas pulas bekerja dari siang hingga ke malam... pas tu siang balik. Tak nak catering punya pasal sebab mum kata masakan sendiri lebih sedap. Chhewaah! Daging kismis tu jugalah yang cepat habis. (Saya pula yang berabis ucap thank you ni).

Walau bagaimanapun, majlis berjalan lancar. Syukur alhamdulillah... semua dipermudahkan. :-)

Ni la kucing si adek, Hero. Sedih dia tengok tuan dia dah ada orang lain. Dia pun turun la ke bawah nak pergi tempat tuan dia bernikah. Tapi saya pergi tangkap dia sebelum dia menerkam sesiapa. Hahaha.

Me with my aunt. Thanks aunty tolong banyak kat dapur. 

Majlis akad nikah berlangsung. Terus saya teringat masa saya bernikah ngan Hafiz dulu. Punyalah sakit duduk bersimpuh lama. Kaki kebas, darah tak berjalan. Rasa cam nak duduk bersila saja baru rasa selesa sikit.

Potong kek dan potong pulut kuning. Sebenarnya saya pun tak tau kenapa mesti kena potong pulut kuning. 

With pelamin yang simple tapi cantik
-
-
-
-
-
-
Lepas kepenatan dari majlis kahwin tu, terus sambung kerja amik big boss kat airport. Atur itu ini.... menyempat pula posing di Dinner Homecoming Alumni UMS 2016. 

Walaupun saya bukan alumni UMS, tapi saya juga warga UMS. Heheheh... tema malam tu adalah White & Jeans.
Me with Khai (left) & kak D.K (right)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!