Sabtu, 26 Mac 2016

Next Trip

Rasanya tahun ni paling banyak saya travel ke luar negara. After August... mesti dah susah sikit nak terbang sana sini. Sebab dah start semester baharu. InShaaAllah kalau tak ada sebarang halangan. Walaupun hati agak tak berapa kuat nak melangkah kaki ke kuliah lagi... tapi itulah cita-cita saya dari dulu. Confirm berkarat otak sekarang ni. Hewhew!

Aaah! Malaslah nak story pasal kelas. Nak story pasal next trip. Tak habis lagi demam Hong Kong, ni dah cari tempat lain lagi. Kali ni tak pilih tempat yang sejuk. Tapi... tempat tu punyalah cantik. Nak honeymoon paling sesuai. Kalau yang suka pantai, nah. Pergilah ke sana. 

Kalau jadi la... mungkin akan pergi ke satu tempat lagi selain dari tu. Tak tau la jadi ke tak. InShaaAllah jadi kot. Boleh gi Madame Tussauds lagi. 

Seronok travel ni. Penat tu memanglah penat. Kalau jenis backpackers lagi. Plus tak tau jalan... terpaksa tanya kat orang. Kena rajin bertanya sahaja. Kalau malas nak tanya, guna Google Maps. Atau amik manual map siap-siap di airport. 

Actually la kan, benda yang paling memenatkan adalah dalam kapal terbang. Hehehe. Sebab duduk lama dalam tu. Terkena lagi flight yang 10 jam, mak aihh. Tidur sahaja la. Cuma kebaikannya, flight ke overseas ni biasanya tak banyak gegar kena awan. Sebab kapal terbang tinggi, jadi awan pun kurang di ketinggian tu. Rasa selamat sikit. Tapi kalau flight BKI - KUL, BKI- SDK... aiyoyo... kalau dah berawan, kapal terbang asyik gegar. Suspen gila dalam kapal. 

Pengalaman terburuk saya masa ke Johor hari tu. Memang kapal terbang betul-betul bergegar. Orang dalam kapal dah berteriakkan. Sampai pramugara tu cakp kuat-kuat suruh bertenang. Lepas tu dulu pernah sekali rasanya dari KL nak balik ke Sabah. Masa tu masih belajar lagi. Pun sama juga. Sampai pramugari tu duduk di pemegang kerusi tu sebab gegaran terlalu teruk. Tu la antara detik yang mendebarkan sepanjang saya naik kapal terbang. 

Okaylah. Kena paksa juga mata ni tidur. Kalau tak, nanti tak terbangun pula pagi ni.

Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!