Selasa, 15 Mac 2016

Melancong - Esok Nak Cuti ^o^

(Masa tengah taip blog ni berada dalam kapal terbang. Flight mode).

Okay sekarang on the way balik ke Sabah. Yeaaaa!! Esok nak amik cuti bagi rehat sikit badan. Dah apply ngan Kak Adizah (penyelia cuti Canselori) masa kitaorang nak naik cable car di Ngong Ping 360 hari tu.

Nak amik Si Hitam lagi dari pet hotel. Rindu nak tidur ngan Si Hitam. :-) Tak tau apa jadi dengan akuarium saya lagi. Bunga dan pokok sayuran pun tak tau apa cerita. Hih.

Next time plan nak pergi tempat lain pula. Seronok jalan ramai-ramai ni. Tak pun pergi dengan cara backpackers. Lagi best. Macam orang puteh selalu buat. Kalau nak ke negara luar... jangan hajat nak pergi shopping saja. Tapi tengok bagaimana cara hidup di sana, rasa makanan, tengok tempat bersejarah dan of course pergi tempat pelancongan yang menarik. Kumpul duit sikit-sikit, lama-lama dah boleh melancong.

Sebenarnya saya ni terkena tempias Tun kot. Tun suka melancong. Dah banyak negara Tun pergi. Seronok dengar cerita Tun. Tun pernah bagitau saya, kalau nak melancong... melanconglah time umur masih muda. Time belum ada anak.

Hehe... apa-apa pun, sampai jugalah hajat nak pergi melancong sana sini. Syukur alhamdulillah....

Nak balik ke Kota Kinabalu dulu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!