Sabtu, 26 Mac 2016

Mata Masih Membulat 0_o

Sangatlah tak best kalau mata tak nak tidur ni. Pagi ni kena bangun awal pula. Ada keluarga nak kahwin katakan... confirm kena buat kerja rumah. Lepas tu, petang hari yang sama terus kena berkejar dengan tugasan. Memang holy awesome la. >.< Nasib baik Sabah & Sarawak cuti Good Friday kelmarin (25 Mac). Senang sikit nak mengusaha di dapur.

By the way, malam hari Jumaat baru-baru ni duduk lepak tengok rakan-rakan pergi memancing. Kebetulan sebenarnya... Tiba-tiba Prof call minta tolong beli ducktape. Rupanya bot angin bocor. Laarrr.....  Tapi rumah tak jauh dari tempat kerja, jadi senang la nak pergi hantar duck tape. 

Sempena melihat orang pergi memancing, terus ambil kesempatan main air laut. Apa lagi. Bergembiralah.

Bot angin yang perlu ditampal. Apodah...

Terus pergi pasang pukat lepas tu.

Cantiknya bulan malam tu. Terang benderang.

Ikan. Ikan. Ikan!
-
-
-
-
-
-
Tu ceta kelmarin. Ni tadi balik dari kampung pun dah jam 11 lebih malam. Sampai rumah dah tengah malam. Sekarang mata lagi tak nak tidur. Tahun ni kontrak kenduri tak ada dah cuci piring lagi. Nak bahagian masak-masak pula. Dah berapa tahun berturut asyik kena cuci pinggan. Aiseh!

Tengah menggoreng ayam untuk masak balik. Kalau mum biasalah. Tak nak katering la... sedap lagi masak sendiri la apa la. Jadi ikut sahaja apa kapten cakap. Tak boleh bantah. 

Wayang Superman VS Batman pun tak tengok lagi. Padahal tu la wayang yang paling ditunggu-tunggu since tahun lepas. Oleh kerana saya adalah kipas-susah-mati DC Comics, jadi mesti kena tengok juga. Andai la terlewat nak tengok, tonton Astro Best sajalah. Nak buat macam mana juga. Cakap pasal Astro, bulan depan ni akan join program Astro Kasih. Walaweh. Super excited.

Okay. Next next next entry. Sebab mata masih segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!