Khamis, 3 Mac 2016

Review : Marigold Peel Fresh

Cuaca panas begini alangkah sedapnya jika dapat minum jus buah-buahan yang sejuk.

Tadi pagi di Putrajaya tengah tunggu Prof meeting (meeting tu saya tak terlibat tapi appoinment seterusnya saya terlibat), saya pula bersiar-siar di sekitar sana membuang masa. Dah pusing pusing pusing... rasa macam nak minum sesuatu pula. Tengok ada kafeteria, nak masuk tapi tak nak juga. Tengok ada Gloria Jean's Coffee... nak masuk tapi tak juga masuk.

Lepas tu... oh ya! Saya kan ada Marigold Peel Fresh Apple yang saya beli tadi. Duduk balik dalam kereta, sambil minum jus apple Marigold.

Memang heaven. Kepada peminat jus, I recommend this brand. Bukan sahaja rasa segar selepas minum, malah jus ni tak manis sangat. My favorite setakat ni adalah jus apple dan jus jambu batu pink atau hijau.

Jus ni dijual dalam dua saiz... saiz kecil dan besar. Harga pun berpatutan dan boleh didapati di mana-mana supermarket. ♡

P/S - Jangan lupa tengok tarikh luput minuman.



Ada pelbagai lagi produk Marigold yang berada di pasaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!