Isnin, 7 Mac 2016

Review :Mamee Cool Tea

Cuaca yang panas membuatkan tekak asyik nak minum air yang sejuk sahaja. Tambahan lagi baru baik dari demam ni, best kalau dapat minum ais.

Kelmarin datang ke rumah mertua. Yalah. Dah nak travel jauh lepas ni, kena minta blessing dulu dari family. Sebelum tu singgah stesen minyak Shell. Tekak pun teringin nak minum something. Dan.... ada produk baharu dari Mamee iaitu Mamee Cool Tea. Bila ada tulis 'cool tea', terus saya beli satu.

Sebagai peminat tegar teh, saya recommend Mamee Cool Tea terutama kepada yang rasa badan panas. Tak kidah la panas akibat makan masakan pedas, cuaca panas dan lain-lain. Minum Mamee Cool Tea, badan terus rasa sejuk.

Mamee Cool Tea adalah produk teh herba dan mengandungi beberapa jenis herba yang di ekstrak dan di blend bersama. Rasanya tak juga manis, ada rasa pahit sedikit tetapi sedap! Macam rasa cincau pun ada juga.

Mula-mula minum, wow! Rasanya sedap. Harga pun berpatutan. Saya beli dengan harga RM1.60 sahaja. Botol Mamee Cool Tea juga slim dan easy grip. Produk ini boleh di dapati di mana-mana supermarket, kedai runcit atau kedai stesen minyak terdekat.

Jom try Mamee Cool Tea. Pasti nak lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!