Rabu, 23 Mac 2016

Hilangkan Bau Kasut dengan Penyegar Kasut

Penting! Penting! Penting! Untuk sentiasa memastikan kasut anda tidak berbau. Kerana kasut berbau boleh menjejaskan mood, menyebabkan kita tak boleh nak buka kasut ketika duduk tengah taip di komputer, dan pastinya kita berasa segan kat orang lain.

Tak apa. Ada cara yang paling mudah. Gunakan penyegar kasut. Pergi kat mana-mana kedai, beli dan siap sedia untuk digunakan. Ada banyak jenama tapi ada dua jenama yang paling saya suka.

Kiwi Fresh Force Shoe Freshener. Ini adalah antara jenama terbaik yang pernah saya beli kerana ia tahan selama berbulan-bulan lamanya. Hanya tekan sahaja botol ini ke bawah, serta merta bau yang tidak menyenangkan hilang dan tahan selama sehari.

Scholl Fresh Step Shoe Spray. Kerana ia jenama Scholl dan bau penyegar ini lebih wangi dan fresh. Juga tahan selama 24 jam dan anda boleh spray kat heels atau kasut bertutup anda. Boleh dibeli di mana-mana kedai termasuk Watsons dan Guardian.

Kepada yang ada masalah bau kasut, jom cuba produk ini. Pasti berpuas hati. :-)

1 ulasan:

  1. Nak pengsan bau kasut suami haha. Kasut futsal/bola terutamanya.😂😂 tq share tips.kene g cari ni

    BalasPadam

Terima kasih!