Sabtu, 19 Mac 2016

Gone Fishin di Malam Buta

Lepas ni tiap malam Sabtu boleh pergi memancing ngan orang pejabat. Lagi ramai lagi meriah. Memang best. Next time plan nak buat BBQ sekali. Pasti superb.

Semalam ngantuk pun turun juga. Dah balik-balik Prof suruh datang. Rugilah kalau termiss. Ramai yang join, saya pun join juga. Dari duduk tak buat apa di rumah, lebih baik rehatkan diri melihat laut, ikan dan ditemani kesegaran angin yang bertiup. 

Sebenarnya yang menjadikan saya teruja adalah laut tu sendiri. Pas tu tengok ikan punyalah banyak, ada sotong, ada obor-obor... syok la. Mata ngantuk pun jadi terus segar. Nampak muka masing-masing gembira dapat ikan. Haaaa.... itulah kepuasan seorang pemancing.

Walaupun semalam saya tak join memancing sebab pancing tak amik lagi dari rumah mummy.... tapi saya join tengok la. Saya datang dalam jam 10PM... balik jam 1215AM. Esoknya nak kena teman mum beli barang untuk majlis kahwin. Orang lain semua tak balik lagi. Selagi matahari tak keluar lagi, jangan harap mereka akan balik. >.<

Tengok yang warna putih tu semua ikan!

Cantikkan pemandangan malam

Syukur alhamdulillah. Banyaknya hasil tangkapan.

Ikan Ketitir yang paling banyak dapat malam tu. Malam bersama Titir

Ikan tali pinggang juga turut tersangkut

Sotong katak pun ada

Cantiknya pemandangan

Jernih kan air? ^^

Sadly, saya tak amik ikan bawa balik. Di rumah pun kami berdua sahaja. Masak pun dah jarang sekarang ni. -_-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!