Rabu, 9 Mac 2016

Get Ready!

Otak masih fikir pasal kerja.... banyak lagi yang tak siap nih. Slide, laporan etc.... arrgghh! Tadi sempat juga pergi tukar duit di Wisma Merdeka. Di sana paling banyak kaunter pengurup wang dan matawang boleh dibeli dengan harga lebih murah berbanding tempat lain. Tapi tadi pun banyak dah money changer yang kehabisan duit. Ramai nak gi melancong ni.

Apa-apapun, kad kredit dah ready siap-siap supaya kalau ada berlaku masalah nanti, boleh settle. (Antara Visa, MasterCard dan American Express, saya lagi suka menggunakan MasterCard). Ni bawa ramai orang, kenalah atur baik-baik. Manatau suatu hari nanti boleh buka jadi travel agent. HeHeHe...
Tempat-tempat menarik pun kami dah survey (Gunalah Google Street). Tiket pun dah beli. Kalau sempat boleh terus ke negara jirannya juga. Barulah best!

Sekarang semua orang dah boleh travel dengan gembira. Kalau dulu tiket kapal terbang mahal. Sekarang kalau dapat yang tengah promo... apa lagi, terus belilah. Bila lagi nak pergi melancong kan?
Apa-apapun... banyak lagi negara yang saya tak pergi. Tapi saya suka kumpul duit untuk pergi melancong. :-) Taklah extreme macam mat salleh.... sampai ada yang sanggup jual rumah sebab nak pergi melancong. Ni kisah benar yang diceritakan oleh mereka sendiri. Geng Prof (saya, kak Nurul dan Prof) ada kumpul duit tabung perjalanan. Means kitaorang masukkan duit setiap hari ke dalam tabung, bila-bila masa akan buka dan kira duit. So boleh decide nak travel ke mana. Actually cadangan nak fly ke Istanbul. Haha. Sebenarnya ada cerita 'Istanbul' tu. Tu yang nak ke sana tu.

By the way, banyak tempat di dalam negara yang belum saya pergi lagi. Seriously, saya belum pernah mendaki Gunung Kinabalu. InShaaAllah this year kalau badan dah fit, stamina kuat, dan ramai yang nak join... kami nak mendaki Mt. Kinabalu. My exercise routine really helps me. :-)

Start bulan September ke atas.... adalah yang paling sibuk sekali!! Tapi saya masih belum fikirkan apakah program yang saya nak amik. Betul-betul blur... Kalau boleh nak avoid subjek kira-kira. Ohhh.... tidak!! Gementar nak sambung belajar ni. Yurannya lagi. Jeng... jeng... jeng....

Ok. Nak tidur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!