Khamis, 10 Mac 2016

Cara Kami Tengok Gerhana Matahari (9 Mac 2016)

Walaupun kali ni gerhana matahari tak penuh kalau tengok dari Kota Kinabalu (lebih kurang 75% sahaja), tapi tetap puas hati dapat tengok kejadian ni berlaku sekali lagi.

Terus teringat masa kecil dulu pernah berlaku gerhana penuh dan semua menjadi gelap macam time nak masuk Maghrib. Lampu jalan raya pun terus terpasang. Masa tu saya kecil lagi tau. Baru 8 tahun kalau tak silap.

Okaylah. Gerhana kali ni berlaku pada 9hb Mac 2016. Orang lain dah siap-siap bawa sunglasses la apa la. Kami punya style lagi kreatif. Menggunakan bahan yang minimum dan memaksimumkan penggunaan. Macam mana tu?

Spec tak ada... apa pun tak ada. Last sekali ini cara kami.

  1. Guna tray pejabat. Buat tiga layer, lepas tu nampaklah matahari tu macam bulan sabit. 
  2. Cara lain yang kami gunakan iaitu dengan melubangkan kertas. Dari bayangan tu nampak bentuk bulan sabit. 
  3. Cara ketiga pula iaitu amik gambar guna handphone. Ntah macam mana boleh nampak pantulan bulan sabit dari cahaya yang ada pada handphone tu. Kira bernasib baik.

Apa yang rugi masa tu, lupa bawa telur ayam. Orang kata masa gerhana, graviti kurang. Jadi telur ayam tu bila letak kat lantai, boleh berdiri. Pas tu lagi satu yang saya rugi.... lupa bawa teleskop dari rumah. Aiyoooo... rugi besar la. Tak apalah. Lain kali boleh cuba lagi.

Ada banyak lagi cara tengok gerhana matahari seperti menggunakan sunglasses yang dilapis-lapis, menggunakan botol kaca yang bewarna gelap, melihat melalui pantulan air dan lain-lain.

Apa-apapun.... gerhana matahari terjadi kerana bulan berputar dan berada selari dengan matahari. Jadi bulan menutupi matahari ya. :-)

Ni kami punya cara

Ni kredit dari gambar yang kawan bagi. Tengok menggunakan pelindung tingkap kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!