Khamis, 10 Mac 2016

Antara Vegetarian dan Binatang

Kenapa ntah mata ni tak pandai tidur. Inilah akibatnya kalau tak bersenam... terus susah nak tidur. Biasanya hari-hari saya akan bersenam... walaupun taklah lama. Dalam 30 minit sehari dah okay. Bukan apa.... lepas bersenam gerenti rasa syok peluh tu banyak keluar. Lepas mandi terus rasa ngantuk pula. Lena tidur. Kalau tak bersenam rasa lemah semacam. -_-

-
-
-
-
-
-
Buat masa sekarang ni tengah praktis untuk tidak makan makanan berbentuk daging. Errr..  vegetarian? But actually I still can consume dairy products. Jadi lebih sesuai dipanggil lacto-ovo-vegetarianism. Walaupun sebenarnya sekarang ni masih di tahap flexitarian.... tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menyingkirkan title tu. >.<


Anyway, kenapa tiba-tiba nak jadi vegetarian?

Saya kasihan dengan binatang yang sepatutnya kita sayangi. I saw many cats and dogs yang tiada tempat untuk berlindung, akhirnya ada yang mati begitu sahaja. Bila mereka nak minta makanan... ada segelintir manusia yang anggap binatang ni menjijikkan dan menghalau mereka begitu sahaja. Dan mereka dijadikan makanan???? Oohhh why.... anjing dan kucing adalah binatang untuk dipelihara dan diberikan kasih sayang.

Manusia ada yang tamak. Bunuh gajah untuk ambil gading. Bunuh ikan yu untuk ambil sirip. Kononnya organ tu untuk kesihatan. Kesihatan siapa? Kesihatan dia sahaja dia fikir... tapi tak fikir betapa sakitnya binatang tu dibunuh.

Saya tidak menghalang orang lain untuk makan daging. Daging adalah source of protein, tenaga dan lemak. Sedangkan Rasulullah juga makan daging kambing. Tapi ada adabnya. Binatang itu perlu disembelih terlebih dahulu. Bukannya dibuang ke mesin pengisar hidup-hidup... Ohh dear... mana hilang perasaan kemanusiaan itu? Sehinggakan pernah sekali tu saya terbaca artikel... orang utan betina dijadikan pemuas nafsu oleh manusia? Apa nak jadi? Binatang pun nak dibuat benda yang tak senonoh begitu?

Yea! I am proud to be one of the members of Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) cawangan Kota Kinabalu. Saya juga dah join sebagai activist untuk PeTA Asia baru-baru ini. Apa yang saya nak tegaskan ialah:

  1. Binatang bukan bahan hiburan. So why enter the circus?
  2. Binatang ada hak untuk disayangi. Jadi kenapa pukul dan bunuh mereka?
  3. Binatang bukanlah sumber pakaian. Jadi kenapa bunuh binatang untuk dijadikan pakaian?

Walaupun begitu, saya tidak extreme dan terlalu fanatik dalam hal boikot memboikot ni. Dalam blog saya, saya masih published entry makanan yang not-so-vege. Sekarang pun saya bukan totally vegan. Saya tidak membenci sesiapa yang bukan vegetarian. Saya tidak ada hak untuk halang orang yang ingin makan sup sirip yu atau membeli pakaian berasaskan bulu binatang. But what I really hate is disrespectful person towards animals. Torture them is totally wrong! Manusia sebegini hanya fikirkan $$$. Dalam agama pun ada menyatakan bahawa tidak boleh menganiaya binatang.

The reasons saya lakukan ini adalah kerana ia keinginan saya. Saya juga ingin kongsikan pendapat saya kepada orang lain. Some people maybe fikir apa dah jadi dengan saya ni, dan mungkin some others agree dengan kata-kata saya.

I am happy to consume this salad everyday. Lettuce + kidney bean + corn + roasted sesame dressing + chili sauce. 

Antara binatang yang paling saya suka adalah kambing. They are fun, comel dan manja

My cat : Si Hitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!