Khamis, 31 Mac 2016

Belakang Tabir Majlis Amanat VC 2016

Alhamdulillah.... Majlis Amanat VC Tahun 2016 telahpun diadakan dengan lancar pada 30 Mac 2016. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Kali ini majlis diakan lebih sederhana, lebih penjimatan... walau bagaimanapun... ucapan Datuk VC benar-benar bermanfaat buat semua. Semoga ucapan itu menjadi sumber inspirasi kepada kakitangan untuk berusaha lebih maju ke hadapan. Bertekad cemerlang!

Tahniah juga kepada Team Banquet (kami). Yeaaahhh!!! Our team memang the best. Kipidap! 

Jumpa lagi di Amanat VC tahun hadapan.


Isnin, 28 Mac 2016

Selamat Pengantin Baru Adek

Baru lepas exercise. Sempena mengeringkan peluh... taip blog dulu.

-
-
-
-
-

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru to my only adik dan pasangannya. Semoga berbahagia hingga ke Syurga....

Thank you juga kepada Mak Andam, Fiza yang rupanya isteri kepada kawan sekerja saya dulu. Cantik mekap dan pelamin tempat bersanding tu. Apa-apa pun, terima kasih banyak juga kepada orang-orang dapur yang berhempas pulas bekerja dari siang hingga ke malam... pas tu siang balik. Tak nak catering punya pasal sebab mum kata masakan sendiri lebih sedap. Chhewaah! Daging kismis tu jugalah yang cepat habis. (Saya pula yang berabis ucap thank you ni).

Walau bagaimanapun, majlis berjalan lancar. Syukur alhamdulillah... semua dipermudahkan. :-)

Ni la kucing si adek, Hero. Sedih dia tengok tuan dia dah ada orang lain. Dia pun turun la ke bawah nak pergi tempat tuan dia bernikah. Tapi saya pergi tangkap dia sebelum dia menerkam sesiapa. Hahaha.

Me with my aunt. Thanks aunty tolong banyak kat dapur. 

Majlis akad nikah berlangsung. Terus saya teringat masa saya bernikah ngan Hafiz dulu. Punyalah sakit duduk bersimpuh lama. Kaki kebas, darah tak berjalan. Rasa cam nak duduk bersila saja baru rasa selesa sikit.

Potong kek dan potong pulut kuning. Sebenarnya saya pun tak tau kenapa mesti kena potong pulut kuning. 

With pelamin yang simple tapi cantik
-
-
-
-
-
-
Lepas kepenatan dari majlis kahwin tu, terus sambung kerja amik big boss kat airport. Atur itu ini.... menyempat pula posing di Dinner Homecoming Alumni UMS 2016. 

Walaupun saya bukan alumni UMS, tapi saya juga warga UMS. Heheheh... tema malam tu adalah White & Jeans.
Me with Khai (left) & kak D.K (right)

Sabtu, 26 Mac 2016

Next Trip

Rasanya tahun ni paling banyak saya travel ke luar negara. After August... mesti dah susah sikit nak terbang sana sini. Sebab dah start semester baharu. InShaaAllah kalau tak ada sebarang halangan. Walaupun hati agak tak berapa kuat nak melangkah kaki ke kuliah lagi... tapi itulah cita-cita saya dari dulu. Confirm berkarat otak sekarang ni. Hewhew!

Aaah! Malaslah nak story pasal kelas. Nak story pasal next trip. Tak habis lagi demam Hong Kong, ni dah cari tempat lain lagi. Kali ni tak pilih tempat yang sejuk. Tapi... tempat tu punyalah cantik. Nak honeymoon paling sesuai. Kalau yang suka pantai, nah. Pergilah ke sana. 

Kalau jadi la... mungkin akan pergi ke satu tempat lagi selain dari tu. Tak tau la jadi ke tak. InShaaAllah jadi kot. Boleh gi Madame Tussauds lagi. 

Seronok travel ni. Penat tu memanglah penat. Kalau jenis backpackers lagi. Plus tak tau jalan... terpaksa tanya kat orang. Kena rajin bertanya sahaja. Kalau malas nak tanya, guna Google Maps. Atau amik manual map siap-siap di airport. 

Actually la kan, benda yang paling memenatkan adalah dalam kapal terbang. Hehehe. Sebab duduk lama dalam tu. Terkena lagi flight yang 10 jam, mak aihh. Tidur sahaja la. Cuma kebaikannya, flight ke overseas ni biasanya tak banyak gegar kena awan. Sebab kapal terbang tinggi, jadi awan pun kurang di ketinggian tu. Rasa selamat sikit. Tapi kalau flight BKI - KUL, BKI- SDK... aiyoyo... kalau dah berawan, kapal terbang asyik gegar. Suspen gila dalam kapal. 

Pengalaman terburuk saya masa ke Johor hari tu. Memang kapal terbang betul-betul bergegar. Orang dalam kapal dah berteriakkan. Sampai pramugara tu cakp kuat-kuat suruh bertenang. Lepas tu dulu pernah sekali rasanya dari KL nak balik ke Sabah. Masa tu masih belajar lagi. Pun sama juga. Sampai pramugari tu duduk di pemegang kerusi tu sebab gegaran terlalu teruk. Tu la antara detik yang mendebarkan sepanjang saya naik kapal terbang. 

Okaylah. Kena paksa juga mata ni tidur. Kalau tak, nanti tak terbangun pula pagi ni.

Source

Mata Masih Membulat 0_o

Sangatlah tak best kalau mata tak nak tidur ni. Pagi ni kena bangun awal pula. Ada keluarga nak kahwin katakan... confirm kena buat kerja rumah. Lepas tu, petang hari yang sama terus kena berkejar dengan tugasan. Memang holy awesome la. >.< Nasib baik Sabah & Sarawak cuti Good Friday kelmarin (25 Mac). Senang sikit nak mengusaha di dapur.

By the way, malam hari Jumaat baru-baru ni duduk lepak tengok rakan-rakan pergi memancing. Kebetulan sebenarnya... Tiba-tiba Prof call minta tolong beli ducktape. Rupanya bot angin bocor. Laarrr.....  Tapi rumah tak jauh dari tempat kerja, jadi senang la nak pergi hantar duck tape. 

Sempena melihat orang pergi memancing, terus ambil kesempatan main air laut. Apa lagi. Bergembiralah.

Bot angin yang perlu ditampal. Apodah...

Terus pergi pasang pukat lepas tu.

Cantiknya bulan malam tu. Terang benderang.

Ikan. Ikan. Ikan!
-
-
-
-
-
-
Tu ceta kelmarin. Ni tadi balik dari kampung pun dah jam 11 lebih malam. Sampai rumah dah tengah malam. Sekarang mata lagi tak nak tidur. Tahun ni kontrak kenduri tak ada dah cuci piring lagi. Nak bahagian masak-masak pula. Dah berapa tahun berturut asyik kena cuci pinggan. Aiseh!

Tengah menggoreng ayam untuk masak balik. Kalau mum biasalah. Tak nak katering la... sedap lagi masak sendiri la apa la. Jadi ikut sahaja apa kapten cakap. Tak boleh bantah. 

Wayang Superman VS Batman pun tak tengok lagi. Padahal tu la wayang yang paling ditunggu-tunggu since tahun lepas. Oleh kerana saya adalah kipas-susah-mati DC Comics, jadi mesti kena tengok juga. Andai la terlewat nak tengok, tonton Astro Best sajalah. Nak buat macam mana juga. Cakap pasal Astro, bulan depan ni akan join program Astro Kasih. Walaweh. Super excited.

Okay. Next next next entry. Sebab mata masih segar.

Jumaat, 25 Mac 2016

Trip to Hong Kong - Part 3

Masih lagi mood Hong Kong....

Ni last destinasi kami sebelum keesokan harinya balik ke Malaysia. (P/S - Baju kami kebanyakannya nampak sama sebab ada bawa satu sweater sahaja. Hahaha >.<)

Okaylah. Kami nak juga ke Ngong Ping 360° di Lantau Island (dekat ngan airport) sebab nak pergi tengok Tian Tan Buddha yang sangat sangat besar! Punyalah excited nak naik cable car. Mula-mula ada member dalam group kami tu tak nak naik sebab nervous tempat tinggi. Pujuk punya pujuk, akhirnya naik juga. Memang best la. Boleh tengok pemandangan dari tempat tinggi. Harga naik cable car pulang balik ialah HKD185. Kalau nak naik yang crystal cable car ada mahal sikit. Dalam HKD200+ Tapi kepada yang nak merasai seperti terbang di awangan, naiklah crystal cable car. Tak rugi. 

Sampai sahaja di Ngong Ping 360°, apa lagi teruslah bergambar sana sini. Ramai orang masa tu. Tapi kami bernasib baik kerana nampak Tian Tan Buddha dari cable car yang kami naik tu.

Kat Ngong Ping village ni boleh tengok movie Hong Kong

Bergambar bersama pop corn yang beesaar!


Nampk tak Tin Tan Buddha di belakang tu?

Amik gambar dulu..

Ni la keadaan masa naik cable car. Punyalah excited. Orang lain semua duduk diam-diam. Group kami kejap berdiri sana, kejap pindah ke sini pulak.


Weeeee.... merentas lautan ke pulau sebelah. Lantau Island.

Nah! Tempat pengunjung buat hajat

Mao. Comelnya.

Hampir nak sampai ke Tian Tan Buddha

Crazy crazy us. 

Me with Hafiz

Dah sampai ke Big Buddha. Ni bergambar dengan dayang-dayang Buddha dulu.

Yipppi. Selamat sampai ^^ Sejuk kat sini ni

Ni dah turun balik

Ni shot dari my digital camera

Taaadaaa! Nampak Big Buddha

Souvenir shop di Po Lin Temple

Di Ngong Ping 360° juga ada jual makanan halal. Ebeneezers Kebab. Harga kebab HKD85.


Nasi briyani ikan. HKD65

Dalam cable car nak balik dah

Ada pelbagai tempat untuk dilawati di Ngong Ping island. Jika anda berkunjung ke Hong Kong, wajib kena datang ke sini!

Rabu, 23 Mac 2016

Hilangkan Bau Kasut dengan Penyegar Kasut

Penting! Penting! Penting! Untuk sentiasa memastikan kasut anda tidak berbau. Kerana kasut berbau boleh menjejaskan mood, menyebabkan kita tak boleh nak buka kasut ketika duduk tengah taip di komputer, dan pastinya kita berasa segan kat orang lain.

Tak apa. Ada cara yang paling mudah. Gunakan penyegar kasut. Pergi kat mana-mana kedai, beli dan siap sedia untuk digunakan. Ada banyak jenama tapi ada dua jenama yang paling saya suka.

Kiwi Fresh Force Shoe Freshener. Ini adalah antara jenama terbaik yang pernah saya beli kerana ia tahan selama berbulan-bulan lamanya. Hanya tekan sahaja botol ini ke bawah, serta merta bau yang tidak menyenangkan hilang dan tahan selama sehari.

Scholl Fresh Step Shoe Spray. Kerana ia jenama Scholl dan bau penyegar ini lebih wangi dan fresh. Juga tahan selama 24 jam dan anda boleh spray kat heels atau kasut bertutup anda. Boleh dibeli di mana-mana kedai termasuk Watsons dan Guardian.

Kepada yang ada masalah bau kasut, jom cuba produk ini. Pasti berpuas hati. :-)

Isnin, 21 Mac 2016

Trip to Hong Kong - Part 2

Hari kedua berada di Hong Kong diteruskan lagi dengan melawat ke Madame Tussauds Hong Kong. Kami gerak dari Mong Kok pada jam 0830AM kerana menggunakan public transport. + nanti sesat tak tau nak menghala ke mana lagi, nak baris lagi... semua diambil kira. So kena gerak awal. Nak cara paling best ke Madame Tussauds, kena ke The Peak Tram terlebih dahulu. Kat sana akan ready satu train yang akan membawa kita ke Madame Tussauds (nota : Madame Tussauds tu terletak di dalam bangunan The Peak. Tempat tu ala-ala shopping complex). Boleh juga menggunakan dengan cara lain. Klik link How to Go to The Peak Tram from your area in HK untuk info selanjutnya.

Jalan punya jalan... akhirnya sampai ke stesen The Peak Tram. Caranya senang sahaja. Turun kat stesen MTR terdekat dengan The Peak Tram (apa-apa boleh cek dalam website MTR). Dalam stesen tu ada bagitau kalau nak ke The Peak Tram kena ikut Exit mana. Lepas tu jalan kaki dalam 10 hingga 15 minit (ikut sahaja signboard di tepi jalan tu), menyeberang jalan dan dah sampai ke stesen The Peak Tram. Sebelum naik train, kena beli tiket terlebih dahulu. Dan untuk mengelakkan ramai orang, belilah tiket seawal yang boleh iaitu sebelum jam 10AM. Kalau tak... sure berbaris punyalah panjang! 

Atau dengan cara lebih mudah ialah beli pakej online siap-siap iaitu combo 3 in 1 (Madame Tussauds + The Peak Tram + The Sky Terrace = HKD250). Nak beli tiket masuk ke Madame Tussauds sahaja pun boleh juga iaitu HKD150. Klik link Madame Tussauds HK price ticket untuk info lebih lanjut. Harga tiket untuk naik The Peak Tram ialah HKD40 sahaja. For more info, click here (The Peak Tram ticket price). 


Inilah rupa luar The Peak Tram station

Dah beli tiket, kena baris lagi untuk naik train menghala ke The Peak

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inside Madame Tussauds
Nicole Kidman

Angelina Jolie & Brad Pitt

Marilyn Monroe

Beautiful Li Bingbing

Johnny Depp. My favorite actor

Twilight! Robert Pattison

Ethan Ruan

Aaron Kwok

Cycling with Leon Lai

Andy Lau

Sempat berposing dengan Queen Elizabeth

Legendary Shakespeare 

Lovely late Princes Diana

Rembrandt Harmenszoon Van Rijn

Albert Einstein 

Pengacara paling famous HK, Sandra Ng

Jackie Chan

Bruce Lee

Selfie dengan Lee Jong-Suk

Bae Yong-joon. Winter Sonata!

U-Know Yunho & Max Changmin. Mak aihh! Tingginya

Muhammad Ali

Japanese Sumo - Yokozunar Chiyonofuji

Tiger Woods

Micheal Jackson. The King of Pop

The Beatles

Bercakap dengan Lady Gaga. Rupanya saya lagi tinggi dari dia. Ngehehehehe....

Selfie dengan Lady Gaga

Makan dulu dengan Piggy friends

Sun Wukong! (Donnie Yen)

Dah selesai dari Madame Tussauds.... pergi beli hot chocolate di Pacific Coffee dan duduk lepak di luar. Inilah keadaan di luar The Peak
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pas tu dan duduk lama kat sana... kami pun meneruskan perjalanan ke Wan Chai sebab nak makan dim sum halal di Islamic Centre Wan Chai. Masuk balik ke stesen MTR tempat turun tadi dan pergi ke auto ticket purchase kiosk yang tersedia di kawasan MTR tersebut. Senang sahaja.

Oleh kerana my boss adalah former Chief Justice Malaysia, jadi terus tiba-tiba nak amik gambar Department of Justice HK.


Dah tiba di Wan Chai di Islamic Centre! Tempat ni agak confuse sikit nak cari.. Nak dekat ke sini.... turun ke MTR Causeway Bay dan keluar ikut Exit A. 9 minit berjalan kaki untuk sampai ke sini. Kantin terletak di Aras 5.


Makanlah sepuasnya kerana semuanya halal. Sedap. Dan murah. Try dim sum halal juga!

Lepas tu terus jalan ke Tsim Tha Tsui sebab nak pergi Avenue of Stars Hong Kong. Unfortunately banyak yang tengah under construction. Tapi still boleh tengok waterfront Victoria Harbour yang sungguh cantik.

Victoria Harbour HK

Kat belakang tu adalah Clock Tower Hong Kong

Bestkan lecture class seni buat macam tu sahaja. 

Persembahan folklore dance

Jadi kami end our trip untuk hari ke dua pada lewat petang. Berjalan memang jauh ke sana sini... tapi sangat berbaloi.