Ahad, 14 Februari 2016

Tengok Bandaraya Kota Kinabalu dari Signall Hill Observatory Tower

Kepada yang melancong ke Sabah, salah satu tempat anda harus pergi adalah Signall Hill Observatory Tower. Terletak di Signall Hill, Kota Kinabalu iaitu kawasan bukit di tengah bandaraya. Tiada sebarang bayaran dikenakan jika berkunjung ke menara ini.

Sambil anda menikmati pemandangan dan menghirup udara segar dari hutan sekeliling, anda juga boleh makan dan minum di sebuah restoran yang ada di kawasan observatory tower ini.

Selain itu, antara tempat menarik berdekatan Signall Hill yang anda boleh lawati termasuk masjid yang dahulunya adalah sebuah gereja SIB, restoran Signall Hill EcoFarm serta istana Yang Dipertua Negeri Sabah. Jika anda berkunjung pada hari Ahad, tamu (pasar) Gaya Street adalah tempat yang anda mesti kunjungi.




Pemandangan Bandaraya KK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!