Rabu, 24 Februari 2016

Soalan BusyBody - "Bila Nak Mengandung?"

Antara banyak-banyak soalan yang paling saya malas nak jawab dan yang paling annoying untuk didengari adalah.... "dah mengandung ke?" atau "dah berisi ke?". Soalan-soalan ini adalah antara soalan sensitif dan tak boleh ditanya sesuka hati ikut sedap mulut. Kenapa?

Dah menjadi kebiasaan orang kita. Kalau belum kahwin, mesti tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin... tanya bila nak ada anak pula. Bila dah ada anak... tak tau mereka nak tanya apa pula. Okaylah. Kenapa soalan begini tak boleh ditanya sesuka hati?
  1. Sensitiviti. Terutama kepada pasangan yang dah lama kahwin tapi masih belum ada anak. Kita sedap tanya kat mereka bila nak ada anak bla bla bla... tapi yang bertanya ni entah tau ke tak pasangan tersebut telah berusaha bermacam cara untuk dapatkan anak. Tak ada pasangan dalam dunia ni yang dah kahwin tapi tak nak anak. Haiyaaaa.....! Jangan tanya-tanya tanpa fikir aaa.
  2. Macam perli pun ada. Kadang-kadang yang bertanya ni macam nak memerli pun ada juga. Yalah. Asal kahwin dikaitkan dengan anak. Aiyoo. Ingat kahwin ni untuk buat anak sahaja ke??? Lepas tu mentang-mentang yang bertanya tu ramai anak, so sengaja nak kenakan orang lain.
  3. Sukahati la. Ya! Sukahati nak ada anak lambat ke cepat. Yang orang lain ni sibuk kenapa? Kita yang kahwin, mereka yang sibuk tanya dah berisi ke belum. Mesti ada sebab kenapa ada orang yang nak ada anak cepat atau tidak. Sebagai contoh; kerjaya. Atau still nak enjoy sana sini. Maklumlah kalau ada anak tak best nak travel.
  4. Tanya biar bertempat. Kalau dah nampak perut kembung semacam barulah sesuai tanya dah berisi ke belum. Ni nampak perut flat siap pinggang ramping, buat apa nak tanya soalan cepu emas tu?
Mungkin ada banyak lagi sebab lain kenapa tak boleh nak tanya soalan tu sesuka hati. Seriously, saya sangatlah tak minat nak menjawabnya. Kalau ada yang tanya by SMS, ignore terus lagi bagus. Kalau ada yang tanya secara berdepan pula, buat-buat tak dengar sahaja. For me... baik doakan sahaja terus dari tanya soalan ntah apa-apa.

Tak pastilah orang lain bagaimana pula tapi bagi saya, not a good question la terutama bila situasi yang dah lama tak berjumpa... terus tanya soalan "dah berisi ke belum?". Macam tak ada soalan lain ek? Besides, untuk orang yang ada kerjaya tentu ada benda lain yang nak difikirkan. Kena lagi yang selalu travel sana sini.

Mungkin saya tak berapa gemar orang amik tau kisah peribadi saya. Jika saya mengandung pun, tak semestinya saya akan jawab soalan cepu emas itu. Unless, kalau saya rasa nak share.

So hati-hati la dengan soalan ni ya. Bukan soalan favorite semua orang.

Please.... jangan jadi busybody

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!