Khamis, 25 Februari 2016

Roti Sayur Paling Best : Sri Latha, Kota Kinabalu

Kepada penggemar sayur-sayuran... kalau nak cuba roti sayur yang sedap, boleh try makan di Restoran Sri Latha yang terletak di Bandaran, Kota Kinabalu. Restoran ini menyediakan masakan India seperti kari kepala ikan, roti canai, mi goreng dan lain-lain. 

Buka pada setiap hari, dan bermula pagi restoran ini telahpun dikunjungi ramai pelanggan. Sri Latha adalah antara restoran yang sering disebut-sebut oleh penggemar kari, dan tentunya Hafiz yang perkenalkan restoran ini kepada saya. 

Kenapa saya kata roti sayur kat sini sedap? Kerana inti roti ni amatlah tebal dan dipenuhi dengan sayur sawi, kubis dan taugeh yang rangup dan segar. Bukan itu sahaja, tetapi roti yang membaluti inti sayuran ini begitu nipis dan rangup. Roti sayur ini juga kurang berminyak. Apabila dimakan bersama kuah kari dan dal, rasa macam nak makan sekali lagi. ^^

Roti sayur di Sri Latha. RM6. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!