Isnin, 8 Februari 2016

Resepi Sup Ayam Herba dan Sayur

Favorite makanan orang Sabah semestinya sup. Makan di kedai pun siap dihidangkan sup kosong sekali.

Cerita pasal makanan, saya lebih suka makan di rumah kerana kualiti makanan lebih terjamin, boleh ikut citarasa sendiri dan lebih menjimatkan. Kali ni saya nak share resepi sup ayam yang dicampur sayur dan herba.

Bahan-bahan:
  • Bahagian ayam yang telah dipotong-potong
  • Sayur (saya cadangkan sayur timun Jepun, kubis atau bayam hijau)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Beberapa titik cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah herba Ba Bao (ada lapan jenis kesemuanya dan dijual dalam satu pek)
  • Secukup rasa (optional)

Cara-caranya:
  • Masukkan ayam, bawang putih beserta rempah herba di dalam kuali. Kemudian isikan air.
  • Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula, lada putih dan secukup rasa. Kemudian reneh ayam dan biarkan mendidih.
  • Setelah ayam masak, masukkan sayuran dan biarkan seketika.
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Ini adalah sup ayam herba yang dicampur dengan sayur timun jepun.

Ni pula sup ayam herba yang dicampur bayam hijau. Boleh juga letakkan belimbing pucung untuk lebih perisa. Selain itu anda juga boleh gantikan belimbing tu dengan tomato atau kentang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!