Ahad, 7 Februari 2016

Resepi Sotong Panggang Madu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong putih yang dipotong-potong. 
  • Garam secukupnya
  • Kunyit secukupnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak zaitun
  • 1/2 biji lemon
  • Serbuk daun peppermint (optional)
  • 2 sudu makan madu

Cara-caranya:
  • Gaulkan sotong bersama garam, kunyit, sos tiram dan air perahan lemon.
  • Perapkan selama setengah jam.
  • Panaskan kuali (non stick). 
  • Tuangkan sedikit minyak zaitun dan masukkan sotong yang telah diperap.
  • Panggang sotong sehingga masak.
  • Hidangkan dan curah sedikit madu serta perahkan air lemon di atasnya.
  • Taburkan sedikit serbuk peppermint untuk rasa lebih fresh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!