Jumaat, 5 Februari 2016

Resepi Bok Choy Sos Tiram Mudah

Nak resepi yang menyihatkan? Boleh try Bok Choy masak Sos Tiram yang paling simple ni.

Bahan-bahan:
  • 1 pek Bok Choy yang telah dibelah dua
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan air
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan sos cendawan (optional)
  • Sedikit Secukup rasa (optional)

Cara-caranya:
  • Didihkan air di dalam periuk untuk mencelur Bok Choy
  • Apabila telah mendidih, celurkan sayur dalam 10 saat. Kemudian angkat dan susunkan di atas pinggan.
  • Untuk penyediaan kuah, mula-mula tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan sos tiram, sos cendawan dan air.
  • Masukkan gula pasir dan secukup rasa. Kalau nak tambah sedikit garam pun boleh tapi memandangkan sos tiram dah masin, tak perlu pun tak apa.
  • Biarkan sedikit pekat dan tutupkan api.
  • Tuang kuah di atas Bok Choy. Sedap dimakan ketika masih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!