Rabu, 24 Februari 2016

Nook Cafe, Kota Kinabalu

Di Kota Kinabalu ni banyak tempat makan yang menarik. Terpulang pada anda nak yang macam mana punya style.

Kepada anda yang gemar lepak dengan rakan-rakan dalam keadaan yang santai dan chic, anda boleh berkunjung ke Nook Cafe yang terletak di Jalan Dewan, Kota Kinabalu. Nak follow Instagram Nook, sila klik look.for.nook

Walaupun sebenarnya ruang cafe ini tidaklah sebesar mana, tapi anda tak akan perasan kerana setiap ruang yang ada telah digunakan sebaik mungkin. Ditambah dengan hiasan lampu dan decoration yang moden, Nook Cafe sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. 

Antara menu yang disediakan termasuk pancake dan waffle, brunch, sandwich dan cakes. Antara minuman yang disajikan termasuk pelbagai jenis coffee dan teh. 

Selain kat dalam cafe, anda juga boleh lepak di bahagian luar cafe ^^

Ini pemandangan dari dalam ke luar


Kami order tuna sandwich dengan sweet tapioca. RM16

Red tea. RM7. Ni saya punya favorite. Kepada peminat teh, rugi tak rasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!