Sabtu, 20 Februari 2016

Nabu Razer Watch

Demi memberi semangat kepada Hafiz untuk terus bersenam dan cara hidup sihat, saya pun menghadiahkan jam Razer Nabu watch dengan Hafiz.

Actually jam ni adalah edisi terbaharu Razer Nabu dan belum ada dijual di Malaysia (masa jam ni di order la). Baru dikeluarkan pada Januari 2016, dan order saya sampai hanya pada bulan Februari. Bukan apa tapi akibat kena tahan di SIRIM (sebab tak ada dalam rekod SIRIM lagi). Kena denda RM100+ -_- huuuu....

Jam ni ada dua edisi. Satu Standard Edition dan satu lagi Forged Edition. Apa yang best pasal Nabu Razer watch yang ini adalah ia sebenarnya smart watch. Boleh disambungkan dengan telefon pintar anda menggunakan Bluetooth. So semua notification WhatsApp, SMS dan call masuk dalam jam ni. Maknanya masa anda tengah gym atau bersenam, boleh tau la bila ada orang call ke... SMS ke... tanpa perlu tengok telefon.

Selain itu, jam ni ada function for fitness activities. Means anda boleh set berapa banyak step anda bergerak dalam sehari, boleh tengok berapa banyak kalori yang dibakar, stopwatch dan lain-lain lagi. Aplikasi Razer Nabu Watch boleh di download dari Google Play (Android) atau App Store (Apple). Kalau nak tau pasal warranty kena register dulu di website Razer Nabu menggunakan unique serial number jam ini.

Jam ini adalah rechargeable (untuk guna application dalam jam) dan tahan selama seminggu. Harga Razer Nabu watch Standard Edition adalah RM740+ ($149.99) manakala Forged Edition ialah RM1000+ ($199.99).



Nabu Watch



Saya pun ikut sekali jogging. Rasa ringan badan after bersenam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!